Sebenarnya, cikla nak share dengan korang ni. Hari ni, hari pertama cikla stop mengambil ubat thyroxine untuk kali kedua. Sebab apa agaknya cikla stop ye. InshaAllah, hujung bulan depan cikla akan buat rawatan Radioiodin (RAI) untuk kali kedua.
Tapi, RAI kali ni dos rendah je. Untuk pengetahuan korang, dos rendah ni biasanya dikenali jugak sebagai diagnostic scan/whole body scan (WBS).
Kalau dos tinggi, macam yang cikla buat sebelum ni, ia dikenali sebagai Radioiodin ablation. Kedua-dua kaedah rawatan ni adalah menggunakan Iodine-131. Walaupun dos berbeza, tapi langkah-langkah sebelum meminum Iodine-131 ni sama je.
Sebulan sebelum minum, kena stop thyroxine, semua supplement terutama yang berasaskan rumpai laut, kolagen, dan gamat. Kemudian, 2 minggu sebelum rawatan pulak kena buat low diet iodin.
Maknanya, dalam tempoh 2 minggu tu kena elakkan makanan yang mengandungi iodin seperti ikan, udang, sotong, ketam dan semua makanan berasaskan seafood dan ikan (keropok lekor, laksa, budu, belacan, sos tiram.
Dalam tempoh berpantang makan tu, hanya boleh makan ayam, daging, sayur dan buah sahaja. Cara masak pun sebaiknya secara rebus atau kukus. Lepas minum, tak kira dos rendah ke tinggi still kena kuarantin 8 hari.
Tapi, kalau dos tinggi kena kuarantin di ward 5 hari, then sambung 3 hari lagi di rumah. Kalau dos rendah pulak, kuarantin 8 hari di rumah je.
Kenapa ada RAI dos tinggi dan dos rendah ye?
Stop thyroxine kali kedua untuk next Radioiodin. Kredit Google. |
Untuk pengetahuan korang, menurut Prof. Rohaizak Muhammad, dos rendah diberikan adalah untuk mengesan kalau masa ada lagi saki baki sel kanser yang tertinggal semasa RAI pertama.
Bagi kanser dos pertama yang diberi adalah dos tinggi sebab ia bertujuan untuk membakar dan mematikan sel kanser yang mungkin tertinggal selepas pembedahan total thyroidectomy.
Macam cikla, masa RAI pertama (cikla ada share pasal ni di SINI), memang cikla diberi dos tinggi iaitu 100 mci. Manakala, kalau result dos rendah yang mana ia untuk menunjukkan masih ada lagi sel kanser, maka untuk RAI berikutnya, pesakit akan diberi dos tinggi.
Macam cikla, masa RAI pertama (cikla ada share pasal ni di SINI), memang cikla diberi dos tinggi iaitu 100 mci. Manakala, kalau result dos rendah yang mana ia untuk menunjukkan masih ada lagi sel kanser, maka untuk RAI berikutnya, pesakit akan diberi dos tinggi.
Then, selepas itu untuk RAI berikutnya pesakit akan diberi dos rendah semula untuk check lagi kalau ada lagi saki baki sel yang tinggal. Kalau ada lagi, ulang balik dengan dos tinggi. Begitulah berselang seli.
Kalau dos rendah menunjukkan tiada lagi sel kanser, dos rendah akan diberi sekali lagi untuk confirm kan yang memang sudah takde sel kanser, lepas tu barulah doktor mengisytiharkan pesakit tersebut BEBAS KANSER.
Selain itu, satu lagi cara nak tengok sama ada kanser berkurangan atau sebaliknya adalah melalui bacaan Thyroglobulin (TG). Kalau bacaan TG semakin rendah, maka ia menunjukkan kanser semakin berkurangan.
Apa pulak Thyroglobulin tu ye? Nantilah cikla share di lain entri ye.
By the way, hari pertama 'berpisah' dengan thyroxine ni ok je. Belum lagi terindu-rindu. Esok lusa tak taulah pulak kan. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah pulak kang. Haha. Drama sangatlah haihhhh.
Korang doakan cikla kuat harungi semua ini ok. Cikla ok je sebenarnya. Chill yeaahhh.
0 comments: