Jom kita baca kisah pendek ni, semoga ia akan mampu mengetuk pintu hati kita berfikir dan mencari makna tersirat di sebalik kisah ini. Jom baca.
Kisah berlaku antara seorang pemuda dan seorang pakcik. Begini kisahnya,
Pemuda: "Pakcik harus bayar RM0.50 untuk masuk ke tandas, ye pakcik"
Namun, orang tua itu menundukkan kepala lalu menitikkan air mata.
Melihat reaksi pakcik itu, pemuda itu berkata; "Eh pakcik, tidak usah menangis. Kalau pakcik takde duit, nanti biar saya yang bayarkan. Silakan pakcik masuk je ye."
Orang tua: "Aku menangis bukan kerana tak ada duit, nak. Malah aku ada banyak duit. Jangankan hanya untuk membayar harga masuk, tandas ini pun aku mampu beli kalau aku nak."
Dengan wajah kehairanan, pemuda itu menjawab, "Jadi, kalau macam tu, kenapa pakcik menangis?"
Orang tua: "Aku menangis sebab tempat yang sebusuk ini pun ada harga yang perlu dibayar untuk masuk. Apa lagi syurga yang begitu harum dan indah, berapa pulak bayaran yang mesti aku bayar? Cukupkah amalanku untuk membayar harga ke syurga?"
Mendengar kata-kata pakcik itu, pemuda itu pun turut menangis.
Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 111 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah SWT telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...” (At-Taubah:111).
Semoga bermanfaat.
Sumber WhatsApp group.
Kisah yang ada pengajarannya.
ReplyDelete