Korang ada koleksi jean denim yang berwarna tak? Kalau sebelum ni kita nampak orang selalu pakai warna biru dan hitam je, sebenarnya jean yang berwarna selain dari yang di atas pun cantik jugak tau. Koleksi cikla sendiri, cikla ada sehelai je jean berwarna. Itupun warna coklat. Yang paling banyak cikla ada jean warna biru. Warna standard kan. Hehe. 

Tapi itulah. Nak menggayakan jean berwarna ni pun mesti kena dengan caranya jugak. Bukan apa, kalau salah gaya ia dah tentu mencacatkan gaya dan penampilan korang sebab ia akan nampak sama ada terlalu menonjol atau tak seimbang. Kelakar pulak nanti bila orang sekeliling tengok.

Bagi cikla, apa yang penting kita kena bijak. Bijak apa? Bijak menyuaipadankan pakaian yang nak dipakai dengan jean berwarna yang dipilih. Apa kata korang praktikkan tip berikut: 

Suka menggayakan jean berwarna? Korang kena baca tip mudah ni...
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

  • Tentukan tona yang sesuai sebelum menggayakan jean berwarna sebab ia perlu serasi walaupun ia terhasil dari group rona yang berlainan. 
  • Kalau korang suka kepada penampilan yang soft dan ayu gitu, pilih jean daripada warna pastel. Selain itu, busana yang paling match dipadankan dengan jean warna sebegini adalah blaus konservatif. 
  • Kalau korang suka kepada gaya yang ranggi dan berani, pilih warna yang cerah dan terang. Padankan jean dengan baju dari rona natural supaya tak nampak terlalu menyerlah. Apa yang paling bagus, gayakan dengan baju berwarna gelap seperti hitam dengan kemasan perak. Ini akan menonjolkan lagi gaya korang itu. 
  • Kalau korang nak tau, jean berwarna mempunyai keserasian pada sesuatu tona warna yang mana ia mengikut rona panas dan sejuk. Contohnya, kalau jean korang berwarna biru adalah sangat sesuai dipadankan dengan warna baju rona sejuk seperti kelabu dan putih. Manakala, kalau jean berwarna merah pulak, sesuai dipadankan dengan tona warna panas krim dan gold.

Selamat bergaya ye. 

Sumber Ruangan Stailo, KOSMO!