15 December 2017

Tip fesyen untuk si lelaki : Macam mana nak pilih seluar yang betul.

Tip fesyen untuk si lelaki : Macam mana nak pilih seluar yang betul. | Assalamualaikum wbt. Holla everyone. Cikla bukanlah pakar fesyen atau perunding imej yang bertauliah. Tapi, kalau sekadar tips yang simple dan ringkas, mahu jugak cikla share dengan korang. Bagi cikla, tak kira lelaki atau perempuan, mereka perlu bijak memilih gaya yang sesuai dengan mereka.

Apa yang paling penting, gaya tersebut tidak menampakkan kejanggalan kepada penampilan mereka. Tak pasal-pasal orang pandang pelik pulak. 

Mungkin korang tak tahu yang sebenarnya si lelaki ni pun sangat mengambil berat mengenai penampilan diri. Biar papa, asal bergaya bak kata orang tua-tua. Hihi. Maka, tak hairanlah kebanyakan lelaki pada hari ini sangat menitikberatkan gaya mereka tak kiralah semasa mereka bekerja (lebih-lebih lagi yang berkerja di office), semasa mereka meluangkan masa bersama yang tersayang dan kawan-kawan. 

Tip fesyen untuk si lelaki : Macam mana nak pilih seluar yang betul.
Tip fesyen untuk si lelaki : Macam mana nak pilih seluar yang betul. Sumber Google. 

Penampilan dari hujung rambut sampailah hujung kaki haruslah perlulah diambil kiri. Ini termasuklah pemilihan seluar yang sesuai terutama bagi si lelaki terutama untuk mereka yang mahu menggayakannya ke pejabat. Nak tau apakah tip itu?

Jom baca sampai habis ye...

Tip fesyen untuk si lelaki : Macam mana nak pilih seluar yang betul.

Khas untuk lelaki, apa kata korang praktikkan tip di bawah;

Ada orang kalau nak beli seluar, suka ukur seluar tu di leher. Macam suami cikla jugak. Memula tengok dia buat macam tu, pelik jugak. Apa kaitan leher dengan ukuran seluar. Hehe. Mungkin korang pun pernah guna cara ni kan. Betul tak? Sebenarnya, cara ni tak sesuai untuk orang dewasa. Kalau kanak-kanak mungkin sesuai. Untuk orang dewasa, lain kaedahnya tau. 

Tip fesyen untuk si lelaki : Macam mana nak pilih seluar yang betul.
Tip fesyen untuk si lelaki : Macam mana nak pilih seluar yang betul. Sumber Google. 

Tip fesyen untuk si lelaki : Macam mana nak pilih seluar yang betul.
Tip fesyen untuk si lelaki : Macam mana nak pilih seluar yang betul. Sumber Google. 

Korang sepatutnya tau saiz ukuran pinggang korang. So, ini adalah cara yang tepat untuk memilih saiz seluar yang sesuai dengan korang. Betul jugaklah pepatah, 'ukur baju di badan sendiri' kan.  Hehe. 

Selain itu, pemilihan panjang seluar sebaiknya mencecah tapak kasut. Kedutan yang ada pada kaki seluar tu hanya mempunyai satu kedutan bila kaki seluar mencecah kasut. Kalau si pemakai itu memakai seluar yang singkat, nanti nampak macam pelik pulak. 

Bila korang membeli seluar, sebaiknya korang mencuba seluar tersebut. Semasa mencuba, korang bergeraklah sebanyak mungkin seperti duduk, mencangkung dan berjalan-jalan untuk memastikan seluar itu selesa dan fit pada korang. Rasanya tak ramai yang buat macam ni kan. Betul tak?

Untuk mereka yang berbadan agak gempal, sebaiknya pilih seluar dengan potongan lurus (straight cut) untuk memberi keseimbangan pada bahagian atas dan bawah badan. Ini mengelakkan bahagian tengah badan terlalu menonjol. Nanti nampak pulak benda yang tak sepatutnya kan. 

Tip fesyen untuk si lelaki : Macam mana nak pilih seluar yang betul.
Tip fesyen untuk si lelaki : Macam mana nak pilih seluar yang betul. Sumber Google. 

Cikla rasa, tip ni paling bagus kot. Korang tempah je seluar korang tu. Bukan apa, dengan menempah sudah tentu seluar itu akan mengikut saiz dan bentuk badan korang kan. Tak salah sekali sekali tempah. Cari fabrik kain yang sesuai untuk dijadikan seluar dan yang paling penting tahan lama.

Semoga tip ni memberi inspirasi kepada korang ye. 

Sumber Ruangan Ketrampilan.

1 comment:






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.