'Santai Tapi Sampai'

28 May 2024

Kenapa orang tua dulu-dulu bila menjelang maghrib mereka suruh anak-anak rumah? Katanya syaitan banyak. Betul ke?

Korang ingat lagi tak time korang kecik, mak pak korang dulu dulu selalu suruh korang masuk dalam rumah bila menjelang maghrib. Alasan dorang syaitan banyak berkeliaran time tu. Sebenarnya, tindakan dorang ni bukanlah sekadar mitos atau cerita dongeng semata-mata tau, tapi sebenarnya benda ni "berakar" dari ajaran Islam dan berdasarkan pengalaman serta kebijaksanaan dorang jugak.

Pandangan Islam:

Dalam Islam, ada beberapa hadis yang mengaitkan waktu maghrib dengan kehadiran syaitan. Antaranya adalah hadis daripada Jabir bin Abdullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, di mana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : 

“Apabila malam mulai gelap atau senja datang, tahanlah anak-anakmu (jangan biarkan mereka keluar), kerana pada saat itu syaitan sedang berkeliaran. Setelah beberapa saat malam berlalu, lepaskanlah mereka.”

Hadis ini menunjukkan bahawa ada waktu-waktu tertentu yang disarankan untuk mak pak kita mengawal pergerakan anak-anak demi mengelakkan gangguan syaitan. Waktu maghrib dianggap sebagai waktu yang kritikal di mana syaitan dan jin lebih aktif berkeliaran.

Kenapa orang tua dulu-dulu bila menjelang maghrib mereka suruh anak-anak rumah? Katanya syaitan banyak. Betul ke?
Kenapa orang tua dulu-dulu bila menjelang maghrib mereka suruh anak-anak rumah? Katanya syaitan banyak. Betul ke? Image kredit Google. 

Aspek Keselamatan dan Kebijaksanaan:

Selain daripada perspektif agama, ada jugak alasan praktikal dan kebijaksanaan orang tua dulu dalam memastikan keselamatan anak-anak dorang, antaranya:

1. Kurangnya Pencahayaan - Zaman dulu kan kemudahan pencahayaan macam lampu elektrik takdelah sebagus sekarang. Bila malam menjelang, keadaan sekitar jadi gelap dan susah untuk dorang awasi anak-anak yang main kat luar. Jadi, risiko kemalangan atau kecederaan lebih tinggilah bila dalam keadaan gelap.

2. Haiwan Berbahaya - Time senja, ada haiwan liar mungkin lebih aktif, termasuklah serangga berbisa, binatang buas atau haiwan peliharaan yang lebih agresif pada waktu malam.

3. Cuaca - Menjelang maghrib, suhu udara biasanya mulai menurun. Orang tua-tua mungkin bimbang anak-anak dorang terkena penyakit akibat perubahan suhu yang mendadak.

4. Kehidupan Sosial - Menjelang malam, aktiviti keluarga biasanya beralih kepada persiapan makan malam, solat berjemaah dan sebagainya. So, dorang mengajak anak-anak pulang ke rumah membantu memastikan mereka terlibat dalam aktiviti ini.

Apa yang saya boleh katanya, larangan keluar rumah pada waktu maghrib bukan hanya kerana kepercayaan kepada syaitan semata-mata, tapi juga berpunca dari pelbagai sebab yang lain seperti keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan anak-anak. Gabungan faktor agama, kebijaksanaan praktikal dan pengalaman hidup menjadikan "larangan" ini relevan dan berkesan dalam mendidik generasi muda.

Waallahualam. 

2 comments:

  1. Sebab waktu solat maghrib singkat.
    kena cepat bersiap kalau lewat akan terlepas waktu

    ReplyDelete
  2. Betuuuul. Dulu pun kalo saya belum balik main pas magrib, pasti mama dah marah sangaaat. Alasannya banyak jin berkeliaran. Tapi betul juga Krn di saat itu syaitan mungkin tengah membujuk manusia utk tak beribadah kan.

    ReplyDelete