'santai tapi sampai'

Hurmm, dah lama cikla tak share petua kan. Ada orang memang suka kalau bab petua-petua ni dan rajin pulak dia nak try. Kalau menjadi, alham...

10 Petua guna limau nipis dan limau kasturi.

Hurmm, dah lama cikla tak share petua kan. Ada orang memang suka kalau bab petua-petua ni dan rajin pulak dia nak try. Kalau menjadi, alhamdullilah dan boleh diamalkan. Kalau tak serasi, takpe. Kita try petua lain pulak. Hihi. Jom kita check satu-satu apakah petuanya itu. 

Limau kasturi. Kredit Google.
Limau kasturi. Kredit Google.

1. Ubat kurus - Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, sebab kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan inshaaAllah perut korang yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.

2. Ubat demam - Petiklah 2 hingga 4 genggam daun limau nipis. Kemudian, rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya adalah dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, pastu ditempelkan pada dahi pesakit.

3. Ubat ketiak - Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

4. Ubat pening kepala - Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.

5. Ubat lelah - Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.
6.  Ubat batuk - Campurkan limau, kicap, dan garam. Amalkan minum setiap pagi dan malam, batuk akan beransur pulih.

7. Ubat kelemumur- Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

8. Bahan hilangkan kesan minyak pada baju - Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring. Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Lepas digosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak itu akan hilang nanti. Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.

9. Ubat wangi rambut- Ambil beberapa biji limau nipis dan hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.

10. Bahan kilatkan cermin mata - Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci dan gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas sebersihnya kemudian lap dengan kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata nampak jelas dan tahan lebih lama. 

Selamat mencuba. 

Kredit : telepesanbonda

1 comment: