'santai tapi sampai'

Korang mesti kenal halia. Kalau yang mak mak mestilah kena, sebab halia ni selalu digunakan dalam masakan. Untuk pengetahuan korang yang mun...

Wahhh, banyaknya khasiat halia.

Korang mesti kenal halia. Kalau yang mak mak mestilah kena, sebab halia ni selalu digunakan dalam masakan. Untuk pengetahuan korang yang mungkin tak tau, halia ni nama botani dia Zingiber Officinale Roscoe. Dah macam nama pelakon sepanyol wehh. Hihi. 

Macam cikla tulis sebelum ni, halia ni jugak merupakan sejenis tumbuhan yang selalu orang guna  sebagai rempah perasa dalam masakan. 

Pastu, halia jugak asalnya dari kepulauan Asia Tenggara. Iyelah, dulu kan laluan Selat Melaka ni popular dengan perdagangan rempah. Halia termasuk sekali la tu. 

Tu sebab, halia jugak dipercayai mula diusahakan oleh orang Austronesia, and pastu dia spread ke India, China dan Afrika Barat.  

So, halia jugak dikenali dengan pelbagai 'nama' mengikut tempat dan negara. Contohnya jahe, aliah, jae, sipadeh, lia (Indonesia), dan kinkh atau khing-daen (Thailand). Kalau dalam Bahasa inggeris pulak, ia dikenali sebagai ginger

Haa, korang nak tau ke apa kebaikan dan manfaat halia ni? Iyelah kan. Allah menjadikan sesuatu tu bersama dengan kelebihannya yang tersendiri. Jom semak kebaikan halia satu-satu. Let's go. 

Wahhh, banyaknya khasiat halia.
Wahhh, banyaknya khasiat halia. Kredit Google.

1. Halia Mengekalkan Peredaran Darah Normal.
Halia ni kat dalam dia ada zat kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, pastu bantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

2. Memulihkan Mabuk dalam Perjalanan.
Rasanya ada petua orang lama yang kata halia adalah penawar berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidaklah diketahui, tapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.

3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus.
Halia dikatakan dapat tingkatkan penyerapan dan rangsang nutrien penting dalam badan. Ia terjadi sebab halia ni boleh ransang rembesan enzim gastrik dan enzim. So, ia akan merangsang perut dan rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.

4. Pencegahan Demam dan Selesema.
Korang tua tak, halia ni dah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semulajadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Ada kajian di University of Maryland Medical Center mendapati, untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari.

5. Mengurangkan Ketidakselesaan Perut.
Halia jugak dikatakan sesuai dalam membantu pencernaan, seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut. Halia dapat mengurangkan keradangan seperti juga aspirin.

Wahhh, banyaknya khasiat halia.
Wahhh, banyaknya khasiat halia. Kredit Google.

6. Mencegah Barah Usus.
Berdasarkan satu kajian di University of Minnesota mendapati, halia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal atau usus.

7. Mengurangkan kesakitan dan keradangan.
Halia mengandungi beberapa bahan-bahan anti-radang yang paling mujarab dan merupakan ubat penahan sakit semulajadi yang kuat.

8. Melawan Masalah Pernafasan yang biasa.
Kalau korang mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda dan melonggarkan kahak sebab ia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini korang boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

9. Rawatan Kanser ovari.
Dikatakan serbuk halia boleh mendorong mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari. Wallahualam.

10. Menguatkan imuniti.
Halia boleh membantu meningkatkan sistem imun. Salah satu cara adalah dengan mengambil sedikit halia sekali sehari. Ia boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Selain tu, ia juga bantu kurangkan jangkitan bakteria dalam perut, dan membantu legakan batuk dan kegatalan tekak.

11. Mengurangkan Morning Sickness.
Halia dikatakan berjaya mengatasi kes morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus. 

Moga bermanfaat. 

Kredit telepesanbonda 

0 comments: