Siapa orang paling kaya di dunia?

Nak tahu siapa orang yang paling kaya di dunia? Mereka adalah orang yang apabila dia buat solat sunat sebelum Subuh 2 rakaat. 

Bila dengar azan Subuh, jangan pula terus solat Subuh, tapi buatlah dulu solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh. 

Sebab, banyak hadith Nabi SAW tentang kelebihan solat sunat sebelum Subuh ni, antaranya :

  • Rasulullah SAW pernah bersabda, "Tidak ada satu pun solat sunat yang lebih dijaga baginda melainkan solat sunat dua rakaat sebelum Subuh." (Riwayat Muslim).
  • Rasulullah SAW telah bersabda, "Dua Rakaat solat (sunat) sebelum subuh lebih baik dari dunia dan seisinya." (HR Muslim).
  • Dalam riwayat lainnya menyebut, "Tidaklah baginda SAW lebih tekun dalam menjaga solat rawatib melainkan solat sunat dua rakaat sebelum Subuh." (Muttafaqun 'Alayh).

MasyaAllah, besarnya pahala solat sunat 2 rakaat ni. Semoga kita boleh istiqamah lakukannya sebelum solat Subuh. Aamiin.

Siapa orang paling kaya di dunia?
Siapa orang paling kaya di dunia? Kredit Google.

Kedua-dua solat ini adalah sama je.

  1. Niat solat sunat Fajar: "Usolli Sunnatal Fajri Rak’ataini Lillahi Ta'ala." Maksud: "Sahaja aku solat sunat fajar dua rakaat kerana Allah Taala.”
  2. Niat Solat Sunat Qabliyyah Subuh; "Usolli Sunnatas-Subhi Rak’ataini Qabliyyatan Lillahi Ta’ala." Maksud: "Sahaja aku solat sunat sebelum Subuh dua rakaat kerana Allah Taala."

Jom kita buat mulai esok.

Kredit : telepesanbonda

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (453) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews