Advertisement

Luka bersalin lambat sembuh? Apa kata cuba lima petua ni.

LUKA BERSALIN LAMBAT SEMBUH? APA KATA CUBA LIMA PETUA NI. Walaupun cikla bersalin normal lima lima anak, tapi nak hadap kesan luka bersalin tak kiralah jahit banyak ke, jahit sikit ke, melecet ke, agak azab gak la. Mana taknya, nak duduk pun tak selesa lagi lagi kalau luka yang belum baik betul. Duduk salah, berdiri pun tak selesa. Pendek kata buat apa pun serba tak kena. 

Memang tak dinafikan, doktor ada bekalkan ubat kuning tu kan, tapi tak salah kalau kita cuba juga petua orang lama untuk cepatkan proses penyembuhan tu. Mana yang ok, sesuai kita praktikkan je. Betul tak? Apa yang penting, petua ni selamat dan tak memudaratkan. 

Jom baca sampai habis. 

Petua 1: Ambil segenggam daun jambu batu, pastu rebus sampai mendidih. Tunggu suam, pastu gunakan air ini untuk cuci di bahagian sulit. Lakukan dua atau tiga kali sehari sampai luka sembuh. 

Luka bersalin lambat sembuh? Apa kata cuba lima petua ni.
Luka bersalin lambat sembuh? Apa kata cuba lima petua ni. Daun jambu batu. Kredit Google.

Petua 2 : Ambil ikan haruan pastu potong dan cuci bersih. Pastu, rebus bersama halia, beberapa biji lada hitam dan sedikit garam. Makanlah bersama nasi atau dibuat sup.

Petua 3 : Rebus gamat dengan air yang banyak sampai mendidih. Then, sejukkan dan minum airnya ataupun sapu di tempat yang luka.

Petua 4 : Campurkan biji manjakani, halia, akar kayu dengan air. Pastu, rebus kesemua bahan tadi sampai mendidih. Dalam keadaan masih panas atau suam, minum air rebusan tersebut. Amalkan setiap hari.

Luka bersalin lambat sembuh? Apa kata cuba lima petua ni.
Luka bersalin lambat sembuh? Apa kata cuba lima petua ni. Pegaga. Kredit Google. 

Petua 5 : Minum air rebusan daun pegaga setiap hari. Selain daun ni kita rebus, dia boleh jugak dibuat ulam. Makanlah bersama garam dan lada hitam yang ditumbuk halus.

Moga bermanfaat. 

Kredit : telepesanbonda

Post a Comment

2 Comments