Siapa kenal buah sukun? Sukun atau breadfruit ni kiranya macam adik beradik cempedak dengan nangka. Dan dia ni katanya ada dua jenis, satu berbiji dan satu lagi tak. Tapi, biasanya yang kita makan ni jenis yang tak berbiji. Lagi satu, sukun ni jugak sesuai dimakan untuk korang yang nak berdiet. Sebab, nilai karbohidrat dia agak tinggi tapi kalori rendah. 

Sedap jugak bubur sukun ni.
Sedap jugak bubur sukun ni. Kredit Google.

Haa, orang yang jenis banyak angin dalam badan pulak elok kurangkan  makan sukun ni, sebab boleh menyebabkan kembung perut. Tapi jangan ler risau, perut kembung sapu jer minyak angin. Nak paling mudah, tak berminyak pastu wangi guna jer minyak urut moden MMG. Hehe, sempat. 

Biasa orang buat goreng je sukun ni kan. Jenis yang rajin sikit, dorang suka buat kerepek. Tapi kali ni cikla buat bubur je. Rumah ni goreng goreng slow sikit. Kalau bubur laju sikit dorang mana. Hurmm, sedap juga sukun ni buat bubur. 

Sedap jugak bubur sukun ni.
Sedap jugak bubur sukun ni. 

Sedap jugak bubur sukun ni.
Sedap jugak bubur sukun ni. 

Nak resepi? Halahh, resepi senang sangat. Kupas kulit sukun pastu potong kecik. Basuh bersih bersih, then masukkan dalam periuk rebus dulu sampai empuk. Jangan lupa masukkan daun pandan sehelai. Dah empuk, masukkan gula. Biar jap sampai gula hancur semua, baru masukkan santan dengan garam sikit. Kalau ada sagu tu masuklah sikit. Takde pun takpe. Biar mendidih, rasa ok semua, siap!