Ye, sangat penting. Pendapat cikla, dalam bisnes mesti ada guru atau mentor yang boleh kita minta tunjuk ajar dan ilmu dari dia. Tak kiralah guru tu datang dari pelbagai latar belakang kepakaran.
Kalau dalam bisnes, founder produk dan leader kita tu sendiri pun kita boleh jadikan mentor kita. Tak kiralah kita ni stokis ke, ejen ke, waima dropsip sekalipun.
Janganlah main hentam kromo je buat, acah-acah tau semua lepas tu dengan yakinnya rasa yang dibuat tu betul.
Bukan apa, sah sah dah bazir masa ajelah terutamanya kan. Orang dah berdesup pergi ke bulan, kita masih terkapai kapai di laut bergelora.
Pastu, kepala benjol sana sini asik langgar dinding. Sapa paham, paham. Yang tak paham sudah. Bak kata Ustaz Kazem Elias. Hihi.
So, kepada sahabat cikla yang join bisnes tak kira bisnes online ke offline ke, jom kita pasang azam rajin-rajin cari dan tambah ilmu. Paling tak pun, kita boleh la bangga sikit yang kita ni seller berilmu.
Sapa setuju?
0 comments: