Cikla ada share pasal sendawa ni siang tadi kan. Macam mana nak sendawakan baby dengan cara yang mudah? Hurmm, cikla agak benda ni semua ibu dah tau kan. Tapi, bagi ibu yang baru menimang cahaya mata mesti awal awal tak reti nak buat macam mana. Kekok satu hal, nak uruskan baby kecik kadang memerlukan kesabaran juga. Lagi lagi yang jenis kuat meragam. 

So, si ibu la kena sentiasa cari jalan nak bagi baby kita tu selesa untuk elakkan dia nangis sepanjang hari. Tambah pening si ibu nanti. Mungkin info ni boleh membantu para ibu di luar sana. 

5 cara mudah sendawakan baby.
5 cara mudah sendawakan baby. 

1. Di bahu.
=========
Baby digendung dalam keadaan posisi tegap menghadap ke belakang dengan dagu baby kat ataa bahu ibu. Kemudian, usap perlahan kat bahagian belakang baby sampai dia sendawa. Masa buat ni, ibu boleh dalam keadaan samada berdiri atau duduk kat kerusi. Ibu boleh alaskan bahu ibu dengan kain kot kot baby muntah masa sendawa.

2. Meniarap di pangkuan.
=====================
Baby ditiarapkan dalam keadaan posisi melintang sehingga salah satu paha menekan perut. Tapi, ibu kena pastikan baby selesa tau. Then, tahan dada baby dengan satu tangan, sementara tangan yang satu lagi pelan pelan usap belakang baby. Make sure kepala baby lebih tinggi dari badan dia. 

3. Pangku menghadap ke depan.
===========================
Dudukkan baby dekat pangkuan ibu, pastu tahan bahagian dada baby dengan lengan bawah ibu. Biar je baby dalam keadaan yang selesa. Then, badan baby tu dalam keadaan condong ke depan pastu gosok dan tepuk tepuk punggungnya dengan jari ibu sampai nyah semua udara dalam badan dia. 

4. Dukung.
========
Kalau baby masih belum sendawa lagi walaupun ibu dah try semua cara kat atas tu mungkin cara ni menjadi. Ibu dukung baby sambil bawa baby berjalan-jalan dan gunakan tangan sebelah lagi gosok belakang baby. Cara ni mungkin amik masa, so ibu kenalah sabar sebab udara yang terperangkap ni biasanya amik masa agak lama nak kuar.

5. Riba.
======
Cara ni, letak baby dalam posisi duduk ataa peha ibu dengan membongkokkan badan baby. Pastu gosok pelan-pelan bahagian belakang baby sampai baby sendawa. Tapi ibu kena hati hati masa pegang bahagian dada dia sebab kalau salah pegang baby akan termuntah. Menariknya cara ni paling mudah baby sendawa lepas menyusu. 

Moga bermanfaat.