Dalam zaman yang serba moden dan serba serbi canggih ni, tak dinafikan sesetengah barangan ada yang meningkat naik harganya.
Bagi mereka yang 'ada-ada', mungkin ini tak mempengaruhi kos dan perbelanjaan hidup mereka sehari-hari. Tapi, bagaimana pula dengan mereka yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan?
Sudah tu, tanggungan pulak ramai. Hidup di bandar pulak lagi. Semakin terasa kan tatkala berbelanja.
Tapi, apa nak buat. Belanja tetap berbelanja sebab ia merupakan keperluan. So, mungkin ada cara tertentu yang boleh kita praktikkan sebagai langkah berjimat cermat. Lagipun, membazir itu kan amalkan syaitan. Tak gitu!
Gambar diubahsuai dari carian Google. |
Nah, inilah yang cikla nak share kan dengan korang semua. Jom kita tengok apakah tip itu. Jom;
- Jangan mudah terpengaruh dengan iklan atau info yang mengelirukan.
- Kalau boleh elak berbelanja guna kad kredit sebab ia akan membuatkan kita cenderung untuk berbelanja lebih dari apa yang dirancang. Lepas tu pulak, boros. Barang yang tak penting semua dirembat juga. Apa yang terbaik, semasa berbelanja bawak cash money secukupnya untuk barang yang kita nak beli tu. So, takdelah kita beli barang yang tidak-tidak.
- Untuk mereka yang mempunyai keluarga yang ramai, eloklah beli barangan secara pukal atau banyak berbanding dalam kuantiti yang sedikit. Contohnya, belanja dapur untuk sebulan terus. Senang kan!
- Buat belanjawan atau kira-kira sebelum berbelanja.
- Bandingkan antara keperluan dengan kehendak. Mana yang lebih utama. Sepatutnya, keperluan perlu didahulukan berbanding kehendak. Kalau ikut kehendak, semua nak kan. Mahu satu kedai diborongnya!
- Mulakan amalan menabung walaupun 10 sen. Setiap baki perbelanjaan kita tu masukkan ke dalam tabung.
- Semasa membeli, sebaiknya gunakan bakul berbanding troli sebab ia akan membantu korang lebih bersederhana dalam berbelanja.
- Biasanya di pasaraya besar ada disediakan katalog barangan yang mungkin ada promosi dan sebagainya. So, rujuk katalog tersebut sebelum korang mula berbelanja. Boleh jimat sikit kan.
- Elak dari terpedaya dengan peraduan gores dan menang. Bertindaklah sebagai pengguna yang rasional dan bijak.
- Sebaiknya masaklah di rumah berbanding dengan membeli makanan di luar. Lagipun, kebersihan pun lebih terjamin kan. Sihat pun sihat sebab kita tahu apa yang ada di dalam makanan yang kita masak tu. Maklumlah, masak sendiri kan. Hihi!
- Semasa membeli-belah, guna recycle bag sebab penggunaan plastik boleh mencemarkan alam sekitar.
- Pastikan barangan yang korang beli tu terdapat logo HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM. So, awas dengan logo halal yang palsu ye.
Selamat berbelanja!
Kredit Ruangan klassifields, Harian Metro.
thank you so much for the tips and reminder
ReplyDeleteNice share.. terima kasih berkongsi tips yang ohsem ini..
ReplyDeletemostly tips cikla aida amalkan.
ReplyDeletedan akan apply yg lain.
anak dah besar, dah nak kena prepare duit ke arah pendidikan tinggi.
duit insuran pendidikan ada dah. nak prepare duit tambahan.
in shaa Allah.