Phewww. Siap dah masak. Kali ni masak simple je. Maklumlah, di kala diri ini sedang berpantang ubat thyroxine memang penyakit mim alif lam sim selalu bertandang. Haha. Cikla kalau dah sampai penyakit tu, memang kalau bab masak tu, sebolehnya nak yang simple je. Janji ada lauk dengan sayur sikit, lepas tu nasi. Dah. Paling koman pun masak tomyam campur atau sup sayur campur ayam. Settle.
Bertabahlah sepanjang 2 minggu ni lauk ayam je. Cikla memang tak makan daging. Masa pantang LID memang seafood, ikan semua tak boleh makan. Hurmm! Disebabkan esok dah mula pulak pantang low diet iodine, so hari ni saja nak cari mood untuk LID. Tengok kat dapur tu, ada ayam dengan nenas. Apa menu best dan sedap yang boleh digabungkan keduanya ye?
Ting!
Menu apa lagi. Tak lain tak bukan, masak lemak cili api ayam dengan nenas lah. Kebetulan, serai, daun kunyit dan semua bahan cukup. So, kita on je lah.. Senang kerja mak. Hehe.
Masak lemak cili api ayam campur nenas. |
Sebenarnya, resepi ni senang ya. Basically, sama je teknik macam kita masak lemak ikan ke, sayur ke. Tapi adalah sikit-sikit cikla ubah dan tambah sesedap rasa. Haha. Ikut suka hati je kan. Jom kita intai bahan-bahannya dulu.
Bahan-bahan :
1 ekor ayam sederhana besar (dibersihkan dan diperap sekejap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit).
1 labu bawang besar (dihiris).
3-4 ulas bawang putih (dihiris).
1/2 inci halia (dihiris).
3 biji cili padi (diketuk. Kalau suka pedas lagi, lebihkan).
2 batang serai (diketuk).
1-2 helai daun kunyit (buang tulang tengah).
1 biji nenas sederhana besar (dipotong sederhana besar dan direbus sekejap).
1 kotak santan.
1 sudu teh serbuk ketumbar.
1/2 sudu teh serbuk kunyit (ikut warna kuning yang korang nak. Kalau korang suka kuning lebih pekat, lebihkan).
Garam, air dan sedikit minyak untuk menumis.
Masak lemak cili api ayam campur nenas. |
Masak lemak cili api ayam campur nenas. |
Cara nak masak :
Langkah demi langkah yang mudah, seperti berikut :
- Dalam periuk atau kuali yang bersesuaian, masukkan sedikit minyak dan bila minyak dah panas, tumis bahan dihiris sehingga kekuningan.
- Selepas itu, masukkan serbuk ketumbar, cili padi dan serai. Tumis sampai naik bau.
- Bila dah naik bau, masukkan ayam, daun kunyit dan serbuk kunyit. Biarkan ayam kecut dan air ayam tu kering sedikit.
- Bila nampak ayam macam separuh masak, masukkan santan dan sedikit air. Sesuaikan kuahnya. Tambah garam dan perasa (kalau nak). Biar sampai kuah menggelegak dan ayam masak.
- Bila kuah dah menggelegak, masukkan nenas dan gaul rata. Biarkan sekejap, sesuaikan rasa kuah. Tambah garam kalau tawar.
- Siap untuk dihidang.
Masak lemak cili api ayam campur nenas. |
Masak lemak cili api ayam campur nenas. |
Masak lemak cili api ayam campur nenas. |
Korang kena ingat, semasa memasak guna api yang kecil. Jangan besar sangat sebab nanti kuah akan pecah minyak. Dah tak cantik dah warna kuah tu. Lagipun, nanti macam ada 'lemak-lemak' wujud di permukaan kuah. Selamat mencuba!
wahhhh... nampak sedap..
ReplyDeleteYt tak pernah masak campur nanas..
wahhhh.. sedap ni :)
ReplyDeleteSA x pernah lagi cuba campur dengan nanas..selalu guna kentang ..boleh cuba nanti
ReplyDeleteBoleh try guna nanas pulak ye.
ReplyDeleteWalaupun Sha tak makan nenas tapi memang suka gulai lemak bubuh nenas.. selalu makan gulai lemak ikan masin campur ennas.. Nie bolehlah cuba dengan ayam pula..
ReplyDeleteaida jarang bubuh nanas kalau msk lemak ayam.
ReplyDeleteakan bubuh kalau buat msk lemak ikan masin.
sedap nyer :)