'santai tapi sampai'

Bagi cikla, walaupun kita bertudung, tidak ada halangan untuk kita bergaya dan tampil anggun tak kiralah semasa berpakaian atau mengenakan ...

Jom baca tip mekap natural khas untuk wanita bertudung!

Bagi cikla, walaupun kita bertudung, tidak ada halangan untuk kita bergaya dan tampil anggun tak kiralah semasa berpakaian atau mengenakan solekan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berkerjaya, perlulah tahu mencorakkan penampilan korang sesuai dengan kerjaya apa yang korang ceburi.

Asalkan ia tidak membatasi had-had yang telah ditetapkan oleh agama. Jangan pulak nanti, terlalu mengikut trend, kita terlupa akan apa yang disyariatkan kepada kita. Sejujurnya, cikla agak bermekap secara natural dan tidak berlebihan adalah sangat sesuai bagi mereka yang bertudung. Betul tak? 

Bukan apa, kalau bermekap tu, janganlah mekap terlalu tebal dan dalam  berfesyen pula, janganlah terlalu berlebihan. Itulah yang sebaiknya!

Kali ni cikla nak share tip bermekap secara natural  khas untuk wanita bertudung. Jom semak sama-sama dan InshaAllah bolehlah dipraktikkan nanti. Tak gitu!

Jom baca tip mekap natural khas untuk wanita bertudung!
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Bersihkan muka dan pakailah pelembap.

Aktiviti membersihkan muka sememangnya penting tak kiralah sebelum kita mengenakan mekap atau semasa menanggalkannya. Bersihkanlah muka korang dengan cleanser yang sesuai dengan kulit muka, seterusnya lupa oleskan pelembap juga. Kalau korang nak tau, pelembap penting sebab ia boleh mengelakkan kulit muka korang nampak berminyak atau terlalu kering bila korang apply foundation atau concealer nanti. Cara memakainya pula, just tepuk-tepuk aje ke muka. 

Memakai foundation

Pemakaian foundation juga penting sebab ia menjadikan wajah kita nampak lebih bermaya dan fresh. Pilih foundation jenis compact. Gunakan span lembab semasa mengoles foundation ke wajah mu. Selepas itu, sapukan bedak tabur ke wajah dengan menggunakan berus besar supaya foundation tak cepat luntur.

Memilih eyeshadow natural.

Pemilihan eyeshadow dari rona atau warna tanah seperti coklat, keemasan, plum ataupun hijau is a good choice! Selain itu, korang juga boleh menggunakan waterproof eyeliner berwarna coklat atau hitam pada kelopak mata bahagian atas.


Pilih warna maskara yang tepat

Untuk pengetahuan korang, maskara berfungsi menjadikan bulu mata semakin tebal dan lentik. Aplikasi maskara sekali saja pun dah cukup untuk buat korang nampak lebih natural. 

Menghasilkan bentuk kening yang natural.

Dengan menggunakan pensel kening, rapikan bentuk kening korang untuk membentuk atau menjadikan ia nampak lebih tebal. Just layangkan sikat kening untuk membaurkan warna sekaligus menjadikan bentuk kening korang jadi lebih  sempurna. So, penampilan korang pun look perfecto!

Pemerah pipi.

Tanpa pemerah pipi, rasanya macam tak lengkap je kalau bermekap kan. Sebenarnya, pemerah jenis krim atau gel adalah lebih efektif, sebab ia mudah disapu pada kulit muka bagi mereka yang ingin menggayakan mekap natural. Untuk kesan yang lebih fresh, just sapukan pemerah pipi pada tulang pipi ke arah rambut. Kalau korang  berkulit putih, lebih cun korang gunakan pemerah pipi atau blush on berwarna pink. Tapi, kalau korang berkulit lebih gelap, bolehlah mengunakan warna pink gelap atau coklat atau oren. 

Lipstik atau lipgloss.

Untuk menjadikan wajah nampak lebih cerah, pilihan warna terbaik untuk lipstik atau lipgloss adalah dengan warna natural. Tapi, kalau korang mempunyai kulit yang cerah, pilihlah lipstik berona peach pink, manakala jika korang berkulit lebih gelap seeloknya pilih warna pink coklat untuk nampak lebih natural dan fresh.


Kredit group Telegram Petua dan Kesihatan.

4 comments:

  1. Bagus tips ni...boleh la cuba applykan nanti.

    ReplyDelete
  2. nice sharing.. kena jugala bersiap muka lagi2 those yang kerja berdepan dengan orang ramai. tak perlu terlalu tebal.. just nice untuk nampak kemas.

    ReplyDelete
  3. cantik..mmg nampak natural gambar tu..

    ReplyDelete
  4. Masa zaman Sha masih bermake up, Sha suka pakai eyeshadow warna coklat dan emas..

    ReplyDelete