Sebelum cikla agak semua orang tau kunyit digunakan untuk menyediakan rasa masakan di samping menaikkan 'seri' masakan juga disebabkan warnanya yang kuning memikat. Tapi, sebenarnya kunyit juga sangat bermanfaat sebagai bahan semulajadi untuk kesihatan termasuk kecantikan diri terutama kulit.
Bukan apa, kunyit sudah digunakan sejak dari zaman nenek moyang kita lagi. Kunyit diakui kaya dengan sifat antikeradangan dan antioksidan yang sangat bagus untuk merawat masalah kulit.
Gambar diubahsuai dari carian Google. |
Untuk pengetahuan korang, kunyit boleh dijadikan pupur wajah yang dikatakan boleh meresakan keradangan kesan dari jerawat sekaligus mengecutkan dan mengurangkan ia jerawat muncul semula.
Secara asasnya, nak menggunakan pupur kunyit ni tidaklah sesusah mana. Hanya dengan mengoleskan pupur ke seluruh wajah, biarkan sekejap sehingga ia kering sebelum ia dicuci dengan air bersih.
Untuk mendapatkan kesan yang lebih wow, pupur kunyit ditambah dengan bahan organik yang lain seperti madu, avocado, yogurt dan susu sesuai dengan jenis kulit masing-masing.
Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diambil kira sebelum korang mengolesnya ke wajah korang, iaitu :
- Pastikan kulit betul-betul segar dan bersih serta bebas dari sebarang makeup atau losyen. Lagi bagus korang mandi air suam atau mandi wap sebelum menyapu pupur.
- Selepas menyapu pupur, just relax kan diri korang dan rest lebih kurang 20 minit sehingga pupur kering dan keras sebelum dicuci dengan air suam. Pastikan sisa pupur dibuang dan dibersihkan betul-betul dari kulit wajah.
- Last bilasan tu, percikkan air sejuk pada wajah untuk memberi kesegaran kulit dan keringkan wajah dengan tuala yang bersih.
Apakah jenis pupur yang boleh digunakan untuk pelbagai jenis kulit? Ada beberapa cara, iaitu :
Pupur kunyit asas.
Campurkan kunyit dengan yogurt, susu dan madu bersama beberapa sudu serbuk kunyit dalam mangkuk yang bersesuaian. Gaul bahan-bahan tersebut sehingga menjadi pes halus sebelum dioleskan pada wajah. Biarkan lebih kurang 20 minit sebelum dicuci bersih.
Pupur untuk mencerahkan kulit.
Dalam sebuah mangkuk campurkan 2 sudu teh serbuk cendana, 2 sudu teh serbuk kunyit, setengah cawan tepung kacang dan sedikit minyak badam ataupun mentega. Tambahkan sedikit air dan gaul bahan tadi sehingga menjadi pes. Selepas itu, oleskan pada wajah dan biarkan sehingga kering sebelum dibilas dengan Sir bersih sehingga bersih.
Pupur untuk perawatan kulit biasa.
Campurkan 2 sudu yogurt asli, serbuk kunyit dan minyak mustard kemudian gaul sebati sehingga menjadi pes. Dengan cara yang sama seperti sebelum ni, oleskan campuran tersebut pada wajah dan biarkan kering sebelum dicuci sebersihnya.
Kalau korang nak tau, minyak mustard bagus kerana memiliki sifat antikulat dan antibakteria di samping ia kaya dengan vitamin dan mineral semulajadi. Tapi, korang kena ingat mereka yang memiliki kulit jenis sensitif tak sesuai untuk pupur ini.
Pupur untuk kulit kering.
Mereka yang mempunyai kulit wajah jenis kering boleh mencuba petua ni. Caranya yang mudah, just campurkan 1 sudu teh kunyit, 1 sudu teh susu tepung bersama sedikit air. Selepas itu, sapukan campuran tersebut pada wajah dan biarkan kira-kira 10 hingga 15 minit atau sehingga kering sebelum dibilas dengan air bersih.
Pupur untuk kulit jenis berminyak.
Campurkan sedikit serbuk kunyit dengan minyak kelapa dan kacau sekata. Selepas itu, sapukan campuran tersebut pada wajah dan biarkan kira-kira 10 minit sebelum dibersihkan. Kalau korang nak tau, minyak kelapa merupakan pelembap semulajadi yang paling terbaik termasuklah memberi perlindungan kulit wajah dari jangkitan bakteria. Selain itu, ia juga dapat membantu menghilangkan bekas jerawat dan bintik-bintik putih dan hitam pada kulit. Cubalah!
Pupur untuk kulit berjerawat.
Bagi mereka yang memiliki kulit muka jenis berjerawat, korang boleh cuba petua ni. Campurkan 2 sudu dadih, setengah sudu kunyit dan setengah sudu serbuk cendana. Gaul bahan sebati sehingga membentuk pes.
Kemudian, oleskan ke sekitar wajah dan biarkan 10 hingga 15 minit sebelum di cuci bersih. Untuk pengetahuan korang, dadih dikatakan sangat bagus untuk kecantikan kulit di samping cendana berfungsi melembut dan mencerahkan kulit serta merawat jerawat.
Ada yang tanya tak kuning ke muka lepas guna pupur kunyit ni? InshaAllah tak, lagipun kita bukan guna banyak tu kan kunyit tu. Lagi pulak pun semata kunyit kan yang dicampur bahan lain. So, tak kuning lah. Hihi!
Kredit Ruangan Hati, Harian Metro.
Kuning tak muka lepas tu since guna kunyit kan...
ReplyDeleteInshaAllah tak. Sbb kita tak guna byk kan. Hihi
Deleteaida beli masker kunyit da siap, cikla.
ReplyDeletetapi bukan utk aida.
utk nurin. jerawat.
skit skit la. sebab jerawat dia pun x byk kan...
bagus. berhasil.