Info yang korang mesti tau mengenai penyakit tangan, kaki dan mulut, HFMD.

Rasanya semua orang tau mengenai penularan penyakit tangan, kaki dan mulut atau HFMD. Apa yang merisaukan,  penyakit ni semakin galak menjangkiti kanak-kanak hampir seluruh negara. Bukan apa, setiap kali berita mesti ada cerita pasal ni.

Adik Zara pun baru-baru ni pernah kena HFMD ni. Cikla pernah share pasal ni di SINI. Mujurlah tak teruk dan alhamdullilah dah sembuh pun. 

Sejak tu, memang cikla jarang dah bawa dia keluar even ke kedai pun kecualilah kalau terpaksa bawa dia. Bukan apa, risau juga kalau dia dijangkiti lagi. Memang kesian time dia kena tu. Makan tak nak, minum tak. Asyik merengek je. 

Entri ini mungkin panjang sedikit, tapi ibu bapa kena baca sampai habis sebab ia PENTING!

Info yang korang mesti tau mengenai penyakit tangan, kaki dan mulut, HFMD.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Untuk pengetahuan korang, penyakit HFMD ni pertama kali menular di kalangan masyarakat dunia di California, America Syarikat sekitar tahun 1969 sebelum ia muncul di beberapa negara di dunia yang lain seperti Australia, Jepun, dan negara Asia lain.

Di Malaysia pula, penyakit ini dikatakan pertama kali muncul di Sarawak sekitar tahun 1997 dan di Semenanjung tapi dalam bentuk kes terpencil saja. 

Walaupun penyakit ini biasa menjangkiti kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun, tapi apa yang mungkin kita tak tahu orang dewasa pun boleh dijangkiti dan menyebarkan penyakit ini. Wah, risau jugak ni!

Penyakit ini disebabkan oleh virus Coxsackie A16 (CA16) dan Enterovirus 71 (EV71) yang mana ia memerlukan sel tubuh badan manusia yang bersuhu 36°C iaitu suhu optimum untuk proses pembiakan. 

Akan tetapi, penyakit ini bersifat self-limiting iaitu pulih dengan sendirinya bila badan kita menghasilkan antibodi sebab ia tak memerlukan antibiotik atau antivirus.

7 fakta mengenai HFMD adalah seperti berikut :

  1. Berpunca dari virus Coxsackie A16 (CA16) dan Enterovirus 71 (EV71). 
  2. Boleh dinyahaktifkan dengan suhu lebih dari 42°C.
  3. Aktif membiak dalam cuaca panas atau suhu 36°C.
  4. Boleh hidup di luar badan manusia sehingga 2 minggu. 
  5. Sanitizer berasaskan ethanol tak mencukupi untuk menghalang pembiakannya, tapi ia memerlukan pencuci berasaskan klorin. 
  6. Seseorang pesakit boleh menjangkiti 5 bayi atau pesakit lain yang terdedah dengannya. 
  7. Tempoh penyembuhan adalah tak lebih dari 2 minggu dan kalau berpatutan lebih baik berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Ada beberapa cara ia tersebar, iaitu:

  1. Tempat mudah berjangkit seperti rumah pengasuh, pusat asuhan, taska, sekolah dan taman permainan. 
  2. Melalui peralatan seperti tombol pintu, barang permainan, pakaian, kain atau sapu tangan, troli, meja termasuklah kerusi kanak-kanak, serta peralatan lain untuk kanak-kanak. 
  3. Melalui titisan pernafasan termasuklah batuk, air liur dan bersin. 
  4. Melalui cecair lepuhan atau ruam di mana terdapat sentuhan, pelukan atau ciuman dengan pesakit. 
  5. Melalui pengendalian lampin pakai buang yang tidak dibuang dengan cara yang betul dan tak bersih.

Apakah simptom HFMD?

  1. Demam panas mendadak. 
  2. Sakit kepala. 
  3. Kurang selera makan. 
  4. Sakit tekak. 
  5. Muncul ruam pada hari kedua atau ketiga demam. Ia bermula di tapak tangan dan kaki iaitu di kedua-dua kiri dan kanan secara simetri termasuk di punggang dan kemaluan. 
  6. Mengalami ulser, atau oral mukosa di lidah, gusi, lelangit dan sekeliling bibir.

Tip melegakan kesakitan dalam mulut.

Macam adik Zara, masa dia kena dulu memang banyak sangat ulser dalam mulutnya. Sebab itu dia refuse untuk makan atau minum. Sakit kot. Kita yang dewasa ni kadang-kadang tak tertahan, inikan pulak kanak-kanak kan.

Ada beberapa tip yang boleh dipraktikkan untuk melegakan kesakitan dalam mulut, iaitu: 

  1. Kadang-kadang doktor akan bagi ubat berbentuk gel atau penyembur yang boleh mengurangkan rasa sakit. 
  2. Berikan cecair seperti susu, air kosong, jus atau cecair sejuk menggunakan picagari dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap. 
  3. Berikan ubat tahan sakit seperti Paracetamol atau Ibuprofen setiap 6 jam, tak semestinya semasa demam saja. 
  4. Bilas mulut atau kumur (tanpa menelannya) menggunakan setengah sudu garam dengan segelas air suam untuk mengelakkan rasa pedih.

Info yang korang mesti tau mengenai penyakit tangan, kaki dan mulut, HFMD.
Info yang korang mesti tau mengenai penyakit tangan, kaki dan mulut, HFMD. Sumber Google. 

Adakah HFMD ni memberikan komplikasi yang membahayakan? 

  1. Dehidrasi kerap berlaku kepada kanak-kanak sebab mereka biasanya kurang minum semasa menghidap penyakit ini disebabkan oleh ulser yang banyak dalam mulut. 
  2. Myocarditis iaitu keradangan otot jantung. 
  3. Meningoencephalitis iaitu jangkitan kuman pada otak. 
  4. Masalah penglihatan atau buta yang mana ia berpunca dari jangkitan kuman yang membentuk parut pada macula di bahagian retina mata.

*untuk info lanjut silalah bertanya kepada doktor ye.

Dua langkah utama yang boleh diambil adalah: 

Penjaga dan ibu bapa perlulah:
  1. Sentiasa peka terhadap keadaan anak seperti tanda dehidrasi sama ada anak letih tak bermaya, bibir terlalu kering dan kurang kencing termasuklah mengalami muntah2 berterusan, tak nak makan atau minum atau kerap merengek. Simptom ini mungkin adalah tanda anak dalam kesakitan. 
  2. Bila anak dijangkiti, kuarantin anak. Elak dari membawa anak ke tempat sesak seperti taska, pusat asuhan dan sebagainya. 
  3. Segera bawa anak berjumpa doktor kalau anak dijangkiti dan ada simptom awal jangkitan. 
  4. Selalulah mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas, selepas menukar lampin, menyentuh dan merawat ruam atau membasuh anak selepas mereka membuang air. 
  5. Cuci alat permainan dan lantai terutama tandas menggunakan pencuci berasaskan klorin untuk membunuh kuman. 
  6. Asing barangan seperti pinggan atau cawan yang telah digunakan oleh anak yang dijangkiti dengan kanak-kanak lain. 
  7. Buang lampin dengan cara yang betul dalam tong sampah bertutup.

Pengendali pusat asuhan, tadika dan prasekolah perlulah:
  1. Sentiasa memastikan kebersihan premis termasuklah peralatan yang digunakan oleh kanak-kanak dengan membersihkan dan menyahkuman meja, kerusi dan alat permainan. 
  2. Buat saringan di pintu masuk premis setiap kali sebelum kanak-kanak masuk untuk mengelakkan jangkitan jika ada kanak-kanak yang dijangkiti. 
  3. Amalkan kebersihan diri termasuklah mencuci tangan selepas menguruskan seorang kanak-kanak sebelum menguruskan kanak-kanak yang lain pula. 
  4. Sentiasa memastikan kebersihan tandas terjamin dan bersihkan tandas menggunakan larutan campuran klorin. 
  5. Pastikan lampin pakai buang diuruskan dengan baik dan dibuang dalam tong sampah bertutup.
  6. Buatlah laporan kluster HFMD kepada pejabat kesihatan daerah di kawasan korang untuk tindakan dan kawalan pencegahan.

Sebagai ibu bapa yang prihatin, kita ambillah tindakan sewajarnya. Cegah sebelum kena! 

Kredit Dr. Mohd Syamirulah Rahim, Medical Mythbuster Malaysia melalui sisipan Metro Ahad.

4 comments:

  1. Ramai juga kanak2 yng dh dijangkiti.
    Mudah2an wabak ini dapat dikawal

    ReplyDelete
  2. ada artikel sy baca, penyakit ni juga berjangkit melalui troli2 yg kita guna kt pasaraya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. econsave kan. di penang ke di mana ntah. ada baca juga.
      semlm bwk izzat ke aeon. bertahan tak duduk kan dia kat troli.
      aduhai. fengsan nak mengejar nyer :)
      demi kesihatan, biarkan dia tanpa dok troli.
      balik umah je, terus mandi kan dia. kami-kami yg lain cuci tgn bersih2.

      Delete
  3. Memang sha tak bagi atau bawa anak keluar rumah.. sekolah je.. jenjalan memang takde.. sebab dekat tempat sha pun dah ada budak yg kena..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.