Adik Zara kena penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Ini yang ibubapa kena tahu mengenai penyakit ini!

Mungkin sebelum ni sesetengah ibubapa menganggap penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) adalah penyakit yang tak perlu dirisaukan dan tak berbahaya. Ternyata anda silap ye! 

Apa pun penyakit, kalau dipandang sambil lewa, juga akan mendatangkan mudarat malah boleh menyebabkan kematian jika dibiarkan. 

Iyelah, kalau melibatkan demam yang terlalu tinggi kan bahaya tu! Lagipun ada kes yang melibatkan sistem saraf dan jantung.  Wooo. Bahayanyaaa.

Terbaru, dikatakan kes jangkitan penyakit ini meningkat di Pulau Pinang. Tadika anak cikla pernah jugak diarahkan tutup sebab ada ramai kanak-kanak yang terkena penyakit HFMD ni supaya proses pembersihan tadika dapat dilakukan.

Adik Zara kena penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Ini yang ibubapa kena tahu mengenai penyakit ini!
Adik Zara kena penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Ini yang ibubapa kena tahu mengenai penyakit ini! 

Alhamdullilah, hampir 2 minggu adik Zara pulih dari penyakit tangan, kaki dan mulut ni. Cikla pun pelik macam mana dia boleh kena. Cikla memang jarang sangat bawa dia keluar berjalan sana-sini. 

Lagipun, sebelum adik Zara kena dekat tadika kakak dia ada budak yang dah kena. Masalahnya, sekarang ni memang cikla sangat jarang bawa dia pergi tadika.

Sebelum kena sakit ni, adik Zara demam. Tapi, takdelah tinggi sangat demamnya. Dedo-dedo gitu. Keesokannya, dia terus kurang aktif dan lemah. Menyusu pun tak nak. Minum sikit, terus campak botol. Tak nak!

Check badannya  rupanya demam. Dan apa yang membimbangkan, bintik-bintik merah mula memunculkan dirinya di kaki dan tangan Zara. 

Bibir pulak memang merah! Tengah demam-demam tu, sempat jugak cikla bawa dia singgah beraya dekat rumah saudara encik suami sebelum balik ke kampung. Sampai kat kampung, terus cikla bawa dia pergi klinik. 

Adik Zara kena penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Ini yang ibubapa kena tahu mengenai penyakit ini!
Adik Zara kena penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Ini yang ibubapa kena tahu mengenai penyakit ini! 

Adik Zara kena penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Ini yang ibubapa kena tahu mengenai penyakit ini!
Adik Zara kena penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Ini yang ibubapa kena tahu mengenai penyakit ini! 

Bila doktor tengok je keadaan adik Zara macam ni, ditambah pulak dengan simptom yang ada pada dia, sahlah memang dia kena penyakit HFMD. 

Doktor kata kadang-kadang kena bukan sebab berjangkit dari orang lain, mungkin keadaan persekitaran jugak memainkan peranan.

Check bahagian dalam mulut dia, Allahu. Ulser penuh satu mulut. Patutlah dia tak nak minum susu. Kesian anak ibu! Suhu badan masa tu memang tinggilah, 39°C. Terpaksa doktor bagi ubat ikut punggang tu sebab demam tinggi sangat. 

Sepanjang tempoh pemulihan tu, memang tak keluar ke mana. Gigih jugalah bagi adik Zara makan ubat, susah kemain ooo. Tapi, apa nak buat, kena paksa jugaklah. Kalau tak, mana nak baiknya.

Adik Zara kena penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Ini yang ibubapa kena tahu mengenai penyakit ini!
Adik Zara kena penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Ini yang ibubapa kena tahu mengenai penyakit ini! 

Alhamdullilah, demamnya beransur pulih, dan bintik-bintik merah pun semakin hilang. Dia pun dah makin aktif. Dah nak minum susu.

Untuk pengetahuan korang, penyakit HFMD ini adalah disebabkan oleh jangkitan virus khas dari jenis Coxcackie A16 dan Enterovirus 71 (EV71) yang mana ia boleh merebak melalui air liur, peluh dan najis pesakit. Selain itu, ia mudah menjangkiti kanak-kanak di bawah 10 tahun.

Antara tanda awal adalah wujud lepuhan berisi air di tangan, kaki dan dalam mulut. Di samping itu, HFMD boleh merebak dengan  sentuhan melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.

Pesakit yang terkena penyakit HFMD ni dikatakan boleh pulih tanpa rawatan dalam masa 7 hingga 10 hari. Tapi, itulah. Budak-budak kan. 

Manalah nak tahan, lagipun bintik-bintik gatal rasanya. Sebab masa kena tu, adik Zara asyik suruh garu je. Merengek usah cakaplah. Phewww.

So, tanda atau gejala penyakit HFMD adalah seperti demam, sakit tekak, ulser pada tekak termasuk mulut serta lidah, ruam dengan vesikel atau lepuhan kecil 3 - 7 mm yang muncul pada tapak tangan dan tumit kaki selain dari sakit kepala dan hilang selera makan. Ruam yang wujud tu biasanya bersifat sederhana dan boleh hilang dalam masa 5 - 7 hari.

Akan tetapi, tiada rawatan khusus untuk ni. Patutlah bila bawa pergi klinik doktor hanya bagi ubat demam, antibiotik, selsema (kalau perlu) dengan ubat sapu macam ubat kalau kita kena chicken pox tu.

Adik Zara kena penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Ini yang ibubapa kena tahu mengenai penyakit ini!
Adik Zara kena penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Ini yang ibubapa kena tahu mengenai penyakit ini! 

Semua gejala di atas memang di alami oleh adik Zara! Walau bagaimanapun, penyakit HFMD ni boleh dicegah. Antaranya adalah seperti berikut: 

-Pastikan tangan dicuci bersih sebelum menyediakan makanan, selepas menggunakan tanda dan menukar lampin atau mencuci najis anak. 
-Tutup mulut dan hidung kalau nak bersin.
-Kalau boleh, jangan berkongsi tuala, pakaian, perkakas makanan dan minuman serta mainan. 
-Pastikan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak dibersihkan sebaiknya. 
-Kuarantin anak di rumah. Jangan bawa anak ke tempat yang sesak kalau mempunyai tanda jangkitan.

Adik Zara kena penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Ini yang ibubapa kena tahu mengenai penyakit ini!
Adik Zara kena penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Ini yang ibubapa kena tahu mengenai penyakit ini! 

Alhamdullilah  adik Zara dah sihat dah. So, beringatlah sebelum kena! Mencegah lebih baik dari mengubati.

Kredit info Portal MyHealth.

4 comments:

  1. Semoga adik zara cepat sembuh..

    ReplyDelete
  2. Haritu anak sedara Sis kena juga, tapi Emaknya sapukan minyak kelapa dara kt tempat luka, termasuk dalam mulut tu..Cubalah..memang baik ..takde pakai pun ubat calamine ke ubat klinik tu..

    ReplyDelete
  3. sib baik da elok, cikla. alhamdulillah.
    aida sgt jaga kebersihan anak ni.
    lelebih dok tadika kan.

    ReplyDelete
  4. Mudah2an dah sembuh sepenuhnya.
    Anak2 tadika mudah kena dan berjangkit.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.