Advertisement

Nasi goreng putih telur untuk mereka yang berpantang low diet iodine, LID.

NASI GORENG PUTIH TELUR UNTUK MEREKA YANG BERPANTANG LOW DIET IODINE, LID. Cikla masih lagi dalam mood berpantang low diet iodine, LID. InshaAllah, lagi 2 hari cikla akan menjalani rawatan RAI dose rendah di IKN. Tapi, tempoh kuarantin selama 8 hari dihabiskan di rumah. Sebenarnya, tak sabar nak habiskan tempoh berpantang ni. Bukan apa, dah jemu kot makan ayam je. Kadang-kadang, sampai tak tahu nak masak apa.

Hari ni, disebabkan dari siang tak makan nasi sangat sebab banyak makan buah, masuk ke malam ni haaa apa lagi perut sudah berdendang riang minta diisi. So, tengok hari dah malam. Bila dah malam, mulalah penyakit malas plus mengantuk bertandang. Tapi, perut lapar. Waaaa, nak tak nak kena masak juga. Menu apa yang senang sekali petik jari terus siap eh? Haha, ada ke? Kalau cikla, mestilah ada. Kih kih kih!

Kita masak nasi goreng je la. Nak tau tak macam mana nak buat nasi goreng paling simple dengan bahan yang limited? Meh cikla ajar...

Nasi goreng putih telur untuk mereka yang berpantang low diet iodine, LID. 

Nasi goreng putih telur untuk mereka yang berpantang low diet iodine, LID.
Nasi goreng putih telur untuk mereka yang berpantang low diet iodine, LID. 


Bahan-bahan:

1 pinggan nasi kosong. 
1/2 biji bawang besar (dihiris). 
1 ulas bawang putih (diketuk). 
3 biji cili api hijau/merah (diketuk). 
1 biji telur (ambil putih je). 
Sedikit garam dan minyak.

Cara nak masak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih dan cili api sehingga kekuningan. 
  2. Kemudian, masukkan putih telur dan kacau. Kecilkan api sedikit takut telur hangus pulak. Selapas itu, masukkan nasi dan taburkan rasa secukup rasa. 
  3. Gaul rata, dan bolehlah dihidangkan.

Kalau korang nak tambah ayam goreng ke (ayam goreng kunyit paling baguslah) dan sayur macam carrot atau apa-apa sayur yang sesuai boleh je. Janji jangan letak apa yang tak boleh ajelah... 

Nasi goreng putih telur untuk mereka yang berpantang low diet iodine, LID.
Nasi goreng putih telur untuk mereka yang berpantang low diet iodine, LID. 

Nasi goreng putih telur untuk mereka yang berpantang low diet iodine, LID.
Nasi goreng putih telur untuk mereka yang berpantang low diet iodine, LID. 

Jadilah kan, dari perut lapar. Tapi sedap jugak tau. Buat pedas-pedas sikit. Orang yang tak berpantang LID pun boleh je kalau nak try buat. 

Selamat mencuba!

Post a Comment

5 Comments

  1. Seriously walau tak under LID, byk new menu bljr dr blog cikla 😊
    ni pun 1st dgr menu guna telur putih je, slama ni x pernah fkr pun

    ReplyDelete
  2. simple and homemade.. macam mana pusing n campak pun recipe asal mak ke masak.. homemade mesti sedap walaupun just telur puith..

    ReplyDelete
  3. lame dah yaya xmkn nasi...huhu

    ReplyDelete
  4. makan panas-panas memang sedap kan kakla

    ReplyDelete
  5. Walaupun putuh tetap nampak sedap..

    ReplyDelete