Mee maggi goreng soto ayam.

Terbaru, MAGGI telah mengeluarkan produk terbaru mee maggi perisa Soto Ayam. Cikla takdelah makan, tapi first time cikla buatkan untuk encik suami tu jenis yang tumis lepas tu pecah telur. Katanya sedap juga. So, ada berbaki sebungkus mee maggi ni haritu, cikla tambah lagi 3 bungkus mee maggi perisa tomyam (Cikla ambil meenya je) niat di hati nak buatkan menu sarapan untuk mereka.

Biasalah kan, hujung-hujung minggu ni macam malas pulak bak keluar beli sarapan dekat luar, so kita masaklah apa yang ada. Cukuplah dengan bahan asas, dah jadi dah. Diaorang ni kurang makan sayur, so cikla tak letak pun. Tapi, kalau ada memang cikla letak dah sekali.

Mee maggi goreng soto ayam.
Mee maggi goreng soto ayam.

Bahan-bahan :

3-4 bungkus mee maggi. 
1 biji bawang merah sederhana besar (dihiris). 
3 ulas bawang putih (dihiris). 
1 peket perencah soto ayam. 
1/2 peket perencah kari. 
2 biji telur. 
Sedikit air stok ayam. 
Sedikit sayur sawi atau kubis. 
Sedikit minyak untuk menumis, garam.

Cara membuat :
  1. Rendam mee maggi dengan air panas sampai lembut. Bila dah lembut, toskan kemudian ketepikan. 
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, bila dah panas tumiskan bahan dihiris sehingga kekuningan. 
  3. Bila dah kuning, masukkan perencah soto ayam dan kari serta sedikit air stok ayam (optional). Kalau takde masuk air suam je sikit. Tumis sampai naik baik. Lepas tu, pecahkan telur. Kacau rata. 
  4. Selepas itu, masukkan mee maggi dan sayur-sayuran. Gaul rata. Taburkan sedikit garam, sesuaikan rasa. Gaul lagi. 
  5. Siap untuk dihidang.

Mee maggi goreng soto ayam.
Mee maggi goreng soto ayam.

Mee maggi goreng soto ayam.
Mee maggi goreng soto ayam.

Kalau korang nak letak kicap ke, boleh je. Tapi pastikan perencah dan garam tu korang kurangkan sikit. Kang masin berdecit pulak kang. Hiihii! Mee maggi lagi sedap di makan bersama sos dan telur mata kerbau goyang Inul. Tabur sikit bawang goreng. Mana yang suka pedas lagi, taburkan hirisan cili padi. Perrggghhh, terangkat babe! Hehe. Selamat mencuba! 

More info mengenai produk terbaru keluaran Maggi termasuklah resepi-resepi mudah, korang klik link berikut :

1 comment:

  1. aku tak pernah lagi mgoreng megi ๐Ÿ˜๐Ÿ˜
    Boleh ikut ni

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews