Stop thyroxine kali ke3 untuk jalani rawatan radioiodine RAI.

Alhamdullilah, hari ni dah seminggu cikla stop thyroxine untuk menjalani rawatan radioiodine, RAI kali ketiga. Tapi, kali ni seperti RAI kedua, InshaAllah cikla akan mengambil dos rendah nanti. Keadaan diri cikla di kala ni, alhamdulillah macam biasa je. 

Bukan macam masa stop thyroxine kali pertama hampir setahun lepas, memang down. Demam urat. Rasa letih yang agak melampau, mengantuk tak usah cakaplah. Pantang dapat bantal, memang tidurlah jawabnya. Huhu.

Tapi, kali ni semuanya dalam keadaan terkawal dan baik-baik aje. Mungkin fisiologi badan dan serasi bila stop thyroxine kan. Dah biasa kata orang. 

So, takdelah teruk sangat rasanya. Cuma rasa mengantuk tu memang tak boleh nak elak. Biasalah orang hypo kan.

Stop thyroxine kali ke3 untuk jalani rawatan  radioiodine RAI.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Bagi yang tak tahu, cikla sedang dalam rawatan untuk papillary thyroid cancer yang cikla hidapi. 

Alhamdullilah, cikla berjaya harungi untuk RAI pertama (dos tinggi 100 mci) dan RAI kedua (dos rendah 10 mci). So, sesiapa yang nak menjalani rawatan ini terutama untuk pesakit kanser tiroid perlu melakukan beberapa hal sebelum mengambil iodin ni. Langkah pertama adalah kena stop thyroxine selama sebulan sebelum rawatan.

Untuk pengetahuan korang, thyroxine adalah ubat yang mesti diambil oleh mereka yang telah menjalani pembedahan total thyroidectomy (buang kedua-dua kelenjar tiroid). 

Thyroxine hanyalah pengganti kepada kelenjar tiroid yang dibuang untuk produce hormon tiroid yang penting dalam aktiviti badan kita. Takde hormon tiroid memang 'tak jadi' kerja dibuatnya. Thyroxine memang tak akan bad effect pada badan.

Dos diberi adalah tak sama bagi seseorang itu, sebab ia berpandukan kepada result darah masing-masing. Ada lagi lebih kurang seminggu lagi untuk cikla mulakan low iodin diet pulak. 

Kalau part ni memang agak menduga sikit sebab kena pantang makan terutama makanan yang beriodin dan ada lagi makanan yang perlu dielakkan.

Senarai makanan yang perlu dielakkan semasa pantang low iodin diet bagi pesakit kanser tiroid. 

  1. SEBARANG MAKANAN YANG MENGANDUNGI GARAM LAUT YANG MEMPUNYAI IODINE (garam yang tidak mengandungi iodine boleh digunakan).
  2. PRODUK TENUSU (susu, keju, krim, yogurt, mentega, marjerin, ais krim, coklat dan sebagainya). 
  3. KUNING TELUR (putih telur dibenarkan). 
  4. MEE KUNING (bihun dan kue teow dibenarkan). 
  5. MAKANAN LAUT (ikan, kerang, rumpai laut, udang, ketam). 
  6. MAKANAN YANG MENGANDUNGI BAHAN PENGAWET BERASASKAN MAKANAN LAUT (jelly, agar-agar, karagenan, algin). 
  7. MAKANAN YANG DIAWET DENGAN GARAM LAUT TAIRU (susu masam) dan MAKANAN RINGAN.
  8. MAKANAN SEGERA. 
  9. PRODUK ROTI KOMMERSIAL yang mengandungi doh iodate (donut, semua jenis roti dan kek). 
  10. MOLASSES (gula merah,madu,gula perang atau gula Melaka). 
  11. PRODUK SOYA (kicap soya, susu soya, taufu). 
  12. KEKACANG (kacang tanah, kacang merah, kacang hijau dan sebagainya). 
  13. KOPI.
  14. SAYUR-SAYUR HIJAU.
  15. KULIT KENTANG (kentang yang telah dikupas kulit dibenarkan). 
  16. KOBIS, SAYUR SADERI, BUNGA KOBIS.
  17. UBAT MULTIVITAMIN (dibenarkan mengambil vitamin D dan pil kalsium sahaja)
  18. UBAT BATUK.
  19. UBAT HERBA TRADISIONAL ATAU UBAT-UBATAN HERBA. (Jika ada). 

Sumber: Risalah Hospital dari group Facebook Tiroid dan Anda (ORI).

7 comments:

  1. semoga cepat sembuh cikla..

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  3. Sy pesakit hipo thyroid.ada masalah jantung bengkak Dan darah tinggi.sy x faham bila sy mkn ubat thyoxion sy akan jadi lemah,ssh tido,cpt marah .sudah 1tahun 7bulan mkn ubat.masih x serasi dgn ubat lebih lagi bila dos ubat dinaikkan.APA perlu sy buat.ada masa sy jadi down sngt dgn masalah sy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa better awake bgtau doktor. Saya sendiri 3 kali tukar dose since opret 3 Mei thn lepas. Dulu masa dose tinggi mmg ada masalah jugak. Rambut gugur, kulit kaki kering dan menggelupas dan Mcm2 lagilah. Doktor turun kan dose, alhamdullilah skng mcm dh ok dh. Semua simtpm sblm ni hampir tiada. Skng ni dose thyroxine 125.

      Delete
  4. Hi. tumpang tanya, saya akan buat rawatan radioiodine bulan 2 nanti. Hari ni first day saya stop ubat thyroxine. nak tanya, selepas buat RAI, period akak ok tak? or ada problem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Amalina. Alhamdullilah, period ok je macam biasa. You know what, akk setiap kali tengah rai, mesti period.

      Delete

Powered by Blogger.