'santai tapi sampai'

Sebenarnya banyak je resepi yang kita boleh buat berasaskan ayam. Dari yang berkuah sampai yang kering macam sambal tu. So , cikla nak shar...

Ayam sambal daun kari.

Sebenarnya banyak je resepi yang kita boleh buat berasaskan ayam. Dari yang berkuah sampai yang kering macam sambal tu. So, cikla nak share satu lagi resepi mudah yang mungkin dah ada yang dah tahu. Tapi, takpelah. Cikla share jugak, manalah tau ia berguna untuk mereka yang pertama kali nak mencuba. Dengan menggunakan bahan yang mudah, makan terhasillah satu resepi yang sedap. Tak percaya? Jom cuba sendiri.

Ayam sambal daun kari.
Ayam sambal daun kari. 


Bahan-bahan:

1 ekor ayam (dibersihkan dan diperap sekejap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit). 
1 biji bawang besar sederhana besar (hiris). 
2-3 ulas bawang putih (dihiris).
1-2 inci halia (diketuk). 
1 senduk cili giling. 
1 biji bawang Holland (potong bulat). 
2 tangkai daun kari (ambil daunnya saja). 
1/2 mangkuk air asam jawa. 
Minyak, garam dan sedikit gula.

Ayam sambal daun kari.
Ayam sambal daun kari. 

Ayam sambal daun kari.
Ayam sambal daun kari. 

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam tapi jangan garing sangat. Angkat ayam dan toskan minyak elok-elok. Goreng semua ayam, dan ketepikan. 
  2. Luakkan sedikit minyak gorengan ayam, kemudian tumiskan bahan yang dihiris termasuk halia sehingga kekuningan. 
  3. Selepas itu, masukkan cili giling dan air asam jawa. Tambah sedikit air kalau nampak kering sangat. Masak cili sampai garing dan pecah minyak. 
  4. Bila cili dah masak, masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa. Kemudian, masukkan bawang Holland dan daun kari. Kacau rata. 
  5. Last, masukkan ayam yang telah siap digoreng tadi dan sedikit air kalau sambal nampak kering. 
  6. Gaul ayam dengan sampai sehingga ke semua ayam terkena sambal. Biar sekejap bagi mesra gitu. 
  7. Tutup api dan bolehlah dihidang.

Ayam sambal daun kari.
Ayam sambal daun kari. 

Cikla memang suka letak bawang Holland tu banyak-banyak sebab sedap. Manis je rasa dia nanti. Selamat mencuba!

15 comments:

  1. uish sedapnya, lama tak masak ni

    ReplyDelete
  2. Sedapnya...nak mintak cikit...hi...hi...

    ReplyDelete
  3. Mak ika selalu buat sambal letak daun kari. bau dia superb :)

    ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2018/07/book-haul-julai.html

    ReplyDelete
  4. senang resipi ni, boleh la try nanti :D

    ReplyDelete
  5. Ayam! Faberet! And again first time tgk menu camni 😁

    ReplyDelete
  6. sedapnya. sambal ayam memang fevret. lagi2 kalo sambal cili idop =D

    ReplyDelete
  7. Ya Allah terliur kak! Boleh cuba masak ni nanti.. Thanks share resepi..

    ReplyDelete
  8. Sedapnya.. nanti nak tambah lah daun kari..

    ReplyDelete
  9. simple..boleh cuba resipi ni..

    ReplyDelete
  10. lepas ni nak try tambah daun kari juga!

    ReplyDelete
  11. I visited many websites except the audio feature for audio songs
    existing at this site is truly wonderful.

    ReplyDelete