Bukan susah nak buat ayam masak lada hitam. Semudah abc, 123!

Kadang-kadang, masakan yang kita nampak simple itulah yang paling sedap. Betul tak? Bahan yang digunakan pun tak banyak, dah jadi satu menu yang sedap. Yang paling best, menu ni semua orang boleh makan lebih-lebih lagi mereka yang sedang menjalani pantang low diet iodine. Asalkan bahan-bahan yang dimasukkan tak melanggar apa yang ditegah. 

Kali ni, cikla nak share satu lagi menu ayam yang senang dan sedap. Korang boleh guna daging jugak, tapi paling senang rebus dulu dagingnya, lepas tu baru goreng. Kalau tak nak goreng pun ok je. Jom kita tengok bahannya dulu. 
 
Bukan susah nak buat ayam masak lada hitam. Semudah abc, 123!
Bukan susah nak buat ayam masak lada hitam. Semudah abc, 123! 

Bahan perapan :

1 ekor ayam sederhana besar.
1 sudu kecil serbuk kunyit. 
1 1/2 sudu kecil  serbuk lada hitam (jenis yang kasar tu). 
Sedikit garam. 

Bahan kisar :

1 biji bawang besar. 
4 ulas bawang putih. 
1 inci halia. 
2 sudu besar lada hitam atau serbuk lada hitam
Sedikit air. 

Hiasan :

Bawang Holland (potong bulat). 
Tomato ceri (biar je sebiji-sebiji) atau tomato biasa (potong bulat). 
Kalau nak letak kentang pun boleh. Tapi, pastikan buang kulitnya dulu. Nak lagi senang, rebus dulu sampai empuk, nanti last masukkan.


Cara memasaknya :

Ayam dibersihkan kemudian diperap dengan bahan perapan (garam, serbuk kunyit dan lada hitam). Perap sekejap agak-agak dalam 10 minit gitu, sambil-sambil menunggu minyak panas. Bila minyak dah panas, goreng ayam tadi tapi  jangan garing sangat. Nak cepat masak, tutup kuali tapi api sederhana besar. Korang kena selalu balik-balikkan ayam untuk elakkan ayam hangus.

Bukan susah nak buat ayam masak lada hitam. Semudah abc, 123!
Bukan susah nak buat ayam masak lada hitam. Semudah abc, 123! 

Bila ayam dah nampak masak, angkat ayam dan toskan minyak betul-betul. Goreng semua ayam yang diperap sampai habis. Luakkan minyak goreng ayam tu, dan masukkan bahan kisar dan sedikit air. Tumis sampai naik bau dan pecah minyak. Selepas itu, masukkan bawang Holland dan tomato yang dipotong bulat dan gaul rata. Tabur garam dan sedikit gula. Sesuaikan rasa. Biarkan sekejap. Last, masukkan ayam dan kentang (kalau suka). Gaul rata dan biarkan sampai kuah jadi sedikit kering. Tapi, kalau suka yang berkuah pun ok jugak.

Bukan susah nak buat ayam masak lada hitam. Semudah abc, 123!
Bukan susah nak buat ayam masak lada hitam. Semudah abc, 123! 

Siap! Sedap dimakan bersama nasi dan roti kosong. Selamat mencuba!

6 comments:

  1. rase lagi senang buat buttermilk. kihkih sbb takde bab kisar mngisar. mek kalau bab guna blender terus jd lauk tu susah nk buat. hukhuk

    ReplyDelete
  2. Memasak ayam mmg sangat mudah, anything pun boleh letak dan mesti jadi sedap punya

    ReplyDelete
  3. menarik resepi ni. boleh try nanti

    ReplyDelete
  4. aida suka couple kan ayam lada hitam dgn kentang.
    sedap!

    ReplyDelete
  5. terbaek. sedap ni :)

    ReplyDelete
  6. sedap.. cheq suka suka. ni dengan nasi panas pun boleh bertambah2 makan =D

    ReplyDelete

Powered by Blogger.