Zaman sekarang ni barang-barang serba-serbi naik harga. Dengan barang dapur termasuklah barangan kering dan barangan basah semua dah naik harga.
Nak-nak mereka yang dah berkeluarga, mana nak tanggung perbelanjaan rumah lagi, perbelanjaan sekolah dan lain-lain. Boleh pitam dibuatnya setiap bulan. Hehe.
Bukan apa, macam cikla sendiri pun dah "terasa" akan cabaran menguruskan belanja rumah, memandangkan hanya suami cikla seorang sahaja yang bekerja.
Orang kata, semuanya patut dimulakan dari rumah. Begitu jugak dengan konsep berjimat ni. Bukan apa, ia dapat mengurangkan rasa tertekan dan stress setiap kali memikirkan kos sara hidup yang kian meningkat. Oklah, cikla nak share beberapa tips macam mana nak menjimatkan wang.
BIJAK menggunakan alat elektrik.
Contohnya, basuh pakaian bila muatan dalam mesin basuh dah penuh. Macam tu jugak kalau kita menggosok pakaian. Gosok sekali banyak dan elakkan menggosok sikit-sikit dan setiap hari.
TUTUP suis elektrik jika tak menggunakan.
Ada sesetengah orang suka membiarkan TV dalam "mode standby". Macam tu jugak dengan komputer. Cara sebegini tak akan dapat menjimatkan malah membazir. Kalau nak off, off terus.
TUKAR pada pembayaran bil secara online.
Sebab ia lebih menjimatkan tak kira dari segi masa khususnya.
JANGAN beli barangan yang tak perlu.
Ada orang kalau shopping barang dapur, jajan je dah penuh satu troli. Yang takde dalam list pun ada. Dah lari budget.
PILIH kualiti daripada jenama.
Sebab kadang-kadang barang tu mahal sebab jenama dia. Kalau dah kualitinya lebih kurang dengan barang yang "kurang" berjenama, baik beli barang yang lebih murah.
JIMAT penggunaan minyak.
Tapi takpelah, minyak pun dah turun harga kan. Hehe.
BAYAR hutang dengan penuh disiplin.
Jangan mengelat sebab kalau miss bayar dah kena bayar interest pulak. Kan dah membazir wang nak kena bayar denda/penaltinya plak... So, bertindak bijak.
Kesimpulannya, semuanya di tangan kita sendiri macam mana nak tanganinya.
Sumber from Majalah Wanita/Ringgit & Sen.
nasihat yang bernas :0
ReplyDeletehidup bujang kat kawasan bandar pon kene berjimat jugak~~
Zaman sekarang ni Org bujang pun kena berjimat
Delete