Sebelum cikla baca artikel (Sumber dari ruangan Keterampilan Majalah Wanita) mengenai "lelaki pun bermekap" ni, memang cikla memang tak terfikir pun lelaki pun macam perempuan. Maksud cikla, mereka juga sebenarnya kena gak mementingkan "kecantikan" diri sama macam perempuan. Tapi rasanya takdelah sama macam perempuan kot, kalau perempuan memang obses sangat. Hehe.
Lelaki pun bermekap? Kredit Google. |
Jangan ingat lelaki takde masalah kulit macam sesetengah perempuan, mereka pun menghadapinya juga. Contohnya masalah jerawat, ton kulit tak sekata, jeragat dan lain-lain. So, khas untuk jejaka-jejaka kat luar tu, cikla nak share beberapa tips untuk menyerlahkan penampilan supaya nampak yakin dan semestinya tampan.
- Cuci muka - buat 3 langkah asas seperti membersih, melembap dan menyegar. Masa mencuci muka ikut urutan bulatan untuk singkirkan sel kulit mati. Cari pelembap yang mengandungi SPF 15 ke atas sekitar muka hingga ke leher.
- Bedak asas - guna bedak asas sekadar untuk menaikkan seri wajah. Jangan guna secara keterlaluan dan tebal.
- Concealer (penyamar noda) - digunakan untuk menyembunyikan cela pada wajah. Masa nak pilih concealer, test pada pergelangan tangan untuk cari warna yang serasi dengan kulit. Ia juga berfungsi sebagai penutup kesan jerawat, bulatan gelap bawah mata dan bintik merah pada kulit. Sapu concealer guna jari lagi senang.
- Lip balm (pelembap bibir) - untuk melindungi bibir dari kering dan mengelupas. Pilih lip balm tanpa warna.
Bagi cikla, tak salah kot lelaki nak "bersolek" tapi janganlah over sangat macam perempuan dah. Cukuplah ala kadar je, just untuk memperbaiki dan melindungi apa yang nampak kurang. Bukan nanti nampak lagi yakin bila berhadapan dengan orang. Betul tak?
curi sikit ye.buat perkongsian.hihi
ReplyDeleteSila sila.. Tq
Delete