Sebelum ni dalam media sosial dan akhbar heboh pasal sekatan kemasukan 2 jenis epal dari Amerika Syarikat iaitu Gala dan Granny Smith.
Kedua-dua jenis epal itu dipercayai dicemari dengan bakteria Listeria Monocytegenes (Listeria) yang boleh membunuh.
Cikla sebelum ni memang suka sangat makan epal lagi-lagi epal hijau. Tapi lepas cerita ni keluar rasa takut dan was-was lak nak makan.
Sebelum tu, cikla nak share sikit info pasal bakteria berbahaya ni. Listeriosis adalah sejenis penyakit bawaan makanan dan berpunca daripada bakteria Listeria Monocytegenes (Listeria) yang dicemari air dan tanah.
Ia didiagnosis melalui ujian darah dan rawatan diberi adalah dengan mengambil antibiotik seperti amoxicillin dan erythromcin.
Antara gejala yang ditunjukkan adalah demam, cirit-birit, sakit otot dan sendi, sakit kepala, selsema dan sawan.
Orang yang mempunyai masalah kesihatan dan sistem imun lemah, wanita hamil dan wargame emas adalah golongan yang berisiko tinggi terkena penyakit ini.
Cikla ada baca satu artikel ni (sumber artikel kosmo 25 januari 2015), makanan yang tercemar oleh bakteria ini mungkin tak menunjukkan sebarang tanda rosak secara fizikal tapi pengambilannya boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan iaitu listeriosis.
Cara pengendalian dan penyimpanan yang salah mungkin menyebabkan kedua-dua jenis epal ini tercemar oleh bakteria tersebut dan ia bahaya kalau dimakan dalam kuantiti yang banyak.
Takut nak makan epal. Sumber Google. |
Dalam artikel tu juga menyatakan, epal bukan sumber kewujudan bakteria sebab ia tak boleh membiak dalam buah tersebut tapi mungkin cara pengurusan dan penyimpanan tak sistematik menyebabkan buah tersebut tercemar dengan bakteria itu.
Kalau buah-buah lain disimpan bersama epal yang sudah tercemar mungkin buah tersebut akan menerima nasib yang sama.
Selain itu, sel bakteria juga boleh tercemar kepada buah lain yang terkena air yang digunakan untuk menyiram epal yang tercemar. Kesan pencemaran terhadap kesihatan bergantung kepada berapa banyak epal yang dimakan. Kalau makan banyak, risiko lebih tinggi.
Selain itu, sel bakteria juga boleh tercemar kepada buah lain yang terkena air yang digunakan untuk menyiram epal yang tercemar. Kesan pencemaran terhadap kesihatan bergantung kepada berapa banyak epal yang dimakan. Kalau makan banyak, risiko lebih tinggi.
Nasihat cikla, berhati-hatilah. Banyakkan membaca dan ambil tau isu-isu semasa supaya kita sentiasa tau apa yang hangat diperkatakan oleh umum lagi-lagi perkara yang melibatkan kesihatan.
Bak kata orang, beringat sebelum kena. Mencegah lebih baik dari mengubati.
Bak kata orang, beringat sebelum kena. Mencegah lebih baik dari mengubati.
0 comments: