Aiskrim, aiskrim. Hehehe, rasanya yang top sekarang ni aiskrim pasu. Masa cikla mula-mula dengar, fikir-fikir jugak macam mana rupanya aiskrim pasu. tu. Lepas tu adik cikla post kat whatsapp gambar aiskrim tu, lagilah berkobar-kobar nak tengok dan rasa. Hehe.

Nak dijadikan cerita, masa on the way balik dari kampung hari Ahad lepas, suami cikla tetibe je "terbaik hati" nak singgah GM klang sebab katanya ada kedai yang jual aiskrim pasu tu. Kami pun menyinggahlah di situ. Sampai sana, cari punya cari akhirnya ke temu jugak. Rupanya aiskrim pasu tu memang diletak dalam pasu tapi sebelum letak aiskrim, pasu dilapisi dengan cawan polistren yang saiznya agak-agak muat dengan lubang pasu tu. Hari tu kami beli aiskrim perisa vanilla. Lagipun memang favorite cikla aiskrim pasu. vanilla.

Lepas letak aiskrim, lapisan atas ditaburi dengan "topping". Ada beberapa jenis "topping" antaranya kacang, serbuk koko dan lain-lain. Lepas tu, nak kasi cantik mata memandang ditambah "aksesori" seperti coklat, gula-gula (masa ala-ala batu) dan bunga tiruan. Lepas tu, apa lagi, kasi makanlah.

Aiskrim pasu.
Aiskrim pasu.

Macam yang cikla punya macam kat dalam gambar tu letak "topping" kacang je. Rasanya bolehlah. Macam eskrem sundee tu je. Oh ye, lupalah pulak. Satu aiskrim pasu ni berharga hanya RM5. Mahal tak? Hehe. Pada cikla kira berbaloilah kot.

Aiskrim pasu.
Aiskrim pasu.

Aiskrim pasu.
Aiskrim pasu.

Tengoklah anak-anak cikla. Makan eskrem memang tak hingat punya. Biasalah budak-budak kan. Batuk-batuk pun still nak makan jugak. Kalau korang yang belum try, bolehlah cuba try test. Pada cikla eskrem ni rasa sama macam aiskrim. biasa cuma bezanya ianya diletakkan dalam pasu. Itu aje. Selain dari eskrem pasu, yang cikla tau ada lagi eskrem lain. Contohnya, eskrem payung, eskrem tempurung, eskrem buluh. Macam-macam kan.