Hamboi, tengok tajuk entri mesti macam ada yang tak setuju. Ada yang marah ke? Cikla saja nak story mory sikit pasal golongan ni.
Pada anda yang "terpikat" dengan lelaki sebegini mesti mencabar kan? Anda kena bersedia dari segi fizikal dan mental kan.
Sebelum tu, cikla nak share sedikit info mengenai "siapakah yang kita panggil anak emak."
Pertama, mereka ini lebih rapat dengan ibu berbanding ayah dan terlalu bergantung pada ibu.
Kedua, kurang keyakinan diri kalau nak buat sesuatu keputusan dan tak terburu-buru memikirkan pasal hal kawin.
Ketiga, selalu lebihkan emak sampai menyebabkan isteri makan hati. Macam mana? Ada yang terkena tak?
Seboleh-bolehnya mesti kita (cikla cerita pasal perempuan) tak nak terjebak bercinta atau berpasangan dengan lelaki anak emak ni kan?
Tapi, kalau dah jodoh nak buat lagu mana. Lagu tu lah. Hehe. So, inilah yang cikla nak kongsikan, tips macam mana nak berdepan dengan mereka.
Berdepan lelaki anak emak? Sumber Google. |
- Lelaki anak emak mudah dikenali berdasarkan personalitinya. Contohnya, dia kerap bercerita mengenai ibunya. Tapi, jangan risau sangat. Kita kena bijak kawal situasi dan faham rentaknya supaya suasana lebih mudah lepas berkawin.
- Masalah yang selalu timbul adalah bila diri kita selalu diperhatikan oleh mak mertua. Ada sesetengahnya suka mengadu pasal kita pada suami. Kalau terjadi macam tu, jangan cepat melenting. Sebaiknya cakap kat suami suruh suami bagitau ibunya supaya bercakap terus terang dengan kita.
- Sentiasa bersikap positif kerana walau apapun tindakan suami dan ibunya kepada kita, bukanlah masalah besar pada kita. Sabar dan banyakkan doa supaya diberi ketenangan.
- Sentiasa mengambil hati mak mertua walaupun kadang-kadang teguran dia menyinggung perasaan. Layanlah mak mertua macam mak sendiri.
Kesimpulannya, semuanya di tangan kita. Tepuk dada, tanya hati. Jika kita sentiasa berfikiran negatif maka negatiflah hasilnya. Anak mak ke, bukan anak mak ke kalau dah jodoh tak ke mana.
Syukurilah, sebab ia merupakan ujian buat kita sebab Allah nak tengok samada sabar atau tak kita menghadapinya.
Sumber info Artikel Dunia Lelaki (majalahwanita2015).
No comments:
Post a Comment