Advertisement

Nak rotan boleh ke?

NAK ROTAN BOLEH KE? Rasanya isu "hukuman merotan" ni dah lama diperkatakan. Cuma cikla baru je berpeluang nak share pendapat cikla pulak terhadap isu ini. Sebelum ni, isu ni mendapat perhatian semua lapisan masyarakat dan masing-masing bagi pendapat masing-masing. Ada yang menyokong malah ada jugak yang tak setuju.

Bagi cikla, merotan ni boleh tapi biarlah kena pada tempat dan sebabnya. Cuba kita flashback balik masa kita kecik-kecik dulu. Kalau nak cerita masa cikla kecik-kecik dulu (orang lain cikla taktau la pulak kan) memang mak dan rotan berpisah tiada. Hehe. Sebab apa cikla cakap macam tu? Sebab masa cikla dan adik-adik cikla kecik dulu, memang rotan-merotan ni dah biasa dah. Biasalah kan budak-budak baru nak kenal dunia. Hehe. Nakal dan ligat kemain. Kalau teguran mak tu kitaorang buat dek je, siaplah mak keluarkan senjata dia. Hehe. Zasssss sama dia. Time tu lah kitaorang lari bertempiran. Gila apa nak tunggu. Mesti kena seliang punya.

Nak rotan boleh ke?

Nak rotan boleh ke?
Nak rotan boleh ke? Sumber Google.

Lagi satu, masa cikla dengan sepupu dan adik-adik cikla mengaji kecik-kecik dulu dengan arwah atok, rotanlah peneman setia dia masa mengajar. Atok pegang je rotan tu, bukannya dia rotan kami pun. Paling ngeri pun dia pukul lantai, nak kasi kami takut je. Itupun ada yang dah nangis sampai meleleh-leleh ayor mato. Hehe. Baru pukul lantai kan. Takut kemain lagi.

Rasanya (ni pendapat cikla tau) cara orang dulu dengan orang sekarang gunakan rotan ni lain kot. Bukan apa, orang dulu guna rotan sebab nak mendidik.. Paling kuat pun nak gertak je anak dia, bukan nak rotan betul-betul pun. Tapi, orang sekarang guna rotan sebagai alat nak lepas geram. (Sori kalau ada yang tak setuju). Kalau dah sampai berbilau-bilau tu bukan mendidik dah nama dia. Dah kes dera plak. Kan masalah lain datang.

Apa yang penting bak kata orang dulu-dulu. "Tepuk Dada, Tanya Hati". Semuanya di tangan kita kan. Baik atau sebaliknya kita yang tentukan. Kalau baik yang kita fikirkan, baiklah jadinya. Kalau buruk yang kita fikirkan, buruklah jadinya... ❤❤

Post a Comment

0 Comments