Tips menjaga tudung bersengkuap.

Zaman sekarang ni macam-macam fesyen tudung ada di pasaran. Tu belum lagi dengan shawl. Lagi macam-macam. Kalau nak beli memang rambang mata. Silap-silap haribulan mau diborong satu kedai. Haru dibuatnya. Hahaha. Tepuk dahi suami kat sebelah menengoknya. Dah dah. Tak yah nak merapu banyak-banyak sangat.

Sebenarnya cikla nak share macam mana nak manage tudung yang bersengkuap. Ala, orang sekarang panggil tudung ber"awning. Yang macam tudung fareeda tu. Biasanya awning ni lebih tebal dan keras. Jadi, ia perlu dijaga dengan sebaiknya supaya bahagian tersebut tidak mudah terlipat atau patah. Nanti tak cantik bila pakai. Terpeliot sana, terpeliot sini. Bahagian ni juga biasanya dibuat daripada material jenis sutera shantung, kain broked, dan sebagainya. Pemakaian tudung yang ber"awning" lebih mudah dan jimat masa.

Tips menjaga tudung bersengkuap.
Tips menjaga tudung bersengkuap.

Terdapat beberapa tips cara bagaimana nak basuh tudung jenis ini. Iaitu;

  1. Pegang bahagian awning dan celup tudung ke dalam air sabun. Gunakan sabun lembut atau pelembut fabrik je.
  2. Jangan rendam tudung terlalu lama. Kalau nak rendam, hanya rendam bahagian tudung, tapi bahagian awning disangkut pada bibir baldi. 
  3. Kalau hantar ke dobi, guna khidmat cucian kering lebih-lebih lagi tudung yang dihiasi batu kristal, permata atau renda.
  4. Jangan berus atau gosok tudung kuat sangat sebab takut merosakkan fabrik.
  5. Ada sesetengah awning yang jenis lembik bila selalu dibasuh, jadi jangan rendam atau gosok terlalu lama kalau tudung masih lembap.
  6. Kalau nak kering atau sidai tudung adalah dengan menggunakan penyepit dengan bahagian awning ke bawah dan elakkan dari menyepit bahagian tersebut.

Itulah saja tipsnya. Semoga memberi sedikit info untuk kita.

Sumber info dari Harian Metro.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews