Bila dah ada anak kecik ni, nak tak nak kena gak amik tau serba sedikit pasal penyakit-penyakit termasuklah batuk yang mungkin boleh menjangkit pada baby. Yelah kan, bukan apa mana tau ilmu yang sikit ni dapat membantu kita khususnya ibu-ibu yang baru menimang cahaya mata macam mana nak atasi kalau baby terkena batuk.
Kalau macam cikla, kalau anak cikla lagi-lagi si kecik ni kena batuk memang risau dibuatnya. Si kecik ni dah la ada sejarah masuk wad pasal masalah pernafasan. Tu yang jadi risau sesangat tu. Kalau batuk terlalu kuat boleh sampai muntah-muntah. Nanti baby asyik meragam sebab waktu tidurnya dan pola penyusuannya terganggu.
Jenis-jenis batuk yang mungkin dihadapi oleh anak kita. Sumber Google. |
Jom kita review jenis-jenis batuk yang mungkin dihadapi oleh si manja kita supaya kita dapat atasinya.
- BATUK MENGGONGGONG - Biasa terjadi pada waktu malam. Radang pada saluran pernafasan dan kerongkong sebab alergi, perubahan suhu atau jangkitan kuman. Ia akan menyebabkan saluran pernafasan jadi sempit dan peti suara membengkak sampai baby susah bernafas.
- BATUK KOKOL - Dikenali sebagai whooping cough. Tanda-tandanya adalah seperti batuk panjang yang diakhiri dengan bunyi tarikan nafas yang kuat masa baby nak tarik nafas semula selepas batuk berterusan. Ini amat berbahaya sebab boleh membawa maut.
- BATUK BERDEHIT - dikenali sebagai wheezing cough. Ia kedengaran masa baby bernafas menandakan ada sumbatan pada laluan pernafasan. Mungkin disebabkan oleh pneumonia, bronkitis, asma dan sebagainya.
- BATUK MALAM HARI - terjadi sebab hidung tersumbat sehingga menyebabkan iritasi. Asma juga boleh menyebabkan batuk sebab saluran pernafasan lebih sensitif. Letakkan kepala anak dengan bantal yang agak tinggi untuk menghindarkan cecair di hidung turun kerongkong.
- BATUK ALERGI - Berlaku sebab alergi tak kiralah alergi dari segi perubahan suhu, keadaan bilik yang berhabuk dan sebagainya.
- BATUK DISERTAI SELSEMA - Penyebab awal adalah jangkitan yang melambatkan proses penyembuhan. Batuk ini biasanya sembuh bila jangkitan itu sembuh.
- BATUK DENGAN DEMAM - Kalau baby demam melebihi suhu 39°C baby akan kelihatan lesu dan nafasnya laju. Hati-hati sebab mungkin baby boleh kena pneumonia.
- BATUK SEBAB REFLUKS GASTROESOFAGUS- ini terjadi bila susu yang diminum baby mengalir balik ke atas dan sebahagiannya masuk ke dalam saluran pernafasan. Cecair yang masuk dalam saluran pernafasan walaupun sikit akan menyebabkan radang paru-paru.
Cikla harap info di atas akan memberi sedikit ilmu dan manfaat kepada ibu-ibu khususnya. Bak kata pepatah, cegah sebelum kena.
Sumber from Wanita Magazine edisi Feb 2015.
memang benar Cik La, bila anak-anak batuk ni kesian sangat kan, terganggu mereka ,semoga cepat2 sembuh.. amin.
ReplyDeleteThanks Kak ana... Amin
Deleteslm
ReplyDelete