Kerap buang air ketika mengandung.

Rasanya dah biasa kot kalau perempuan mengandung mengalami keadaan sebegini. Ia biasanya berlaku masa trimester pertama dan ketiga. 

Tapi, janganlah risau sangat sebab ia bukannya bahaya pun cuma tanda awal kehamilan dan disebabkan oleh perubahan hormon gak.

Masa cikla pregnant sebelum ni pun memang selalu rasa camni. Kejap-kejap pergi toilet. Kejap-kejap pergi toilet

Lagi-lagi kalau dah dekat-dekat cukup bulan. Ada orang cakap, kalau selalu nak buang air tandanya rambut baby lebat. Tapi, tak taulah betul ke idak. Kebetulan anak-anak cikla tiga-tiga lahir memang berambut lebat. Hehehehe.

Sebenarnya kalau nak tau, bila baby dalam kandungan semakin membesar, tubuh ibu akan menghasilkan lebih banyak air kencing tapi pundi kencing pulak makin mengecut. 

Jadi, keadaan ini akan menyebabkan tekanan yang disebabkan oleh si baby akan membuatkan si ibu rasa pundi kencing macam penuh nak-nak dekat-dekat nak cukup bulan bila kepala baby dah turun dan masuk ke laluan.

Kerap buang air ketika mengandung.
Kerap buang air ketika mengandung. Image from Google.

Tips : Kalau nak kurangkan rasa nak buang air ni janganlah pulak ibu-ibu kurang minum air sebab ia akan menyebabkan dehidrasi. Ibu-ibu sepatutnya minum 6-8 gelas sehari. 

Lagipun dengan meminum air dengan banyak akan membantu pengaliran nutrien kepada baby. Kalau nak kurangkan juga, just minum sedikit dalam masa 1-2 jam sebelum tidur untuk kurangkan pergi toilet pada waktu malam. 

Tapi ingat, ibu perlu berjumpa doktor kalau rasa sakit atau panas bila membuang air.

Lagi satu, kalau ibu rasa nak terkencing tapi masa kencing hanya beberapa titik yang keluar. Bukan apa, takut ibu mungkin mengalami jangkitan saluran kencing (UTI) yang boleh menyebabkan jangkitan buah pinggang dan boleh meningkatkan risiko bersalin awal. 

Tak naklah bersalin awal, kalau boleh biarlah cukup bulannya kan kan. Hehe. 

Jangan risau sebab keadaan ini akan berkurangan dan seterusnya hilang selepas baby lahir. 

Memang dalam tempoh beberapa hari selepas melahirkan, ibu akan kerap kencing dan banyak tapi, selepas itu keadaan akan menjadi seperti biasa.

Semoga info ini akan memberi sedikit sebanyak ilmu pada ibu-ibu hamil khususnya. 

Sumber artikel catatan kehamilan, Majalah Wanita Feb.2015.

2 comments:

  1. good tips untuk bakal ibu-ibu, memang normal kan cuma tak larat time tengah syok tidur kena bangun kerap.. :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.