Cerita bapa dan anak.

Cerita di bawah sekadar renungan kita bersama. Ceritanya begini.

Seorang bapa berkata kepada anaknya, "Tahukah kamu bahawa nak masuk syurga ini percuma dan kalau nak masuk neraka kena bayar?" Jawab anaknya, "Macam mana masuk neraka kena bayar?"

Jawab bapanya,

Bukankah nak berjudi kena bayar? 
Bukankah nak minum arak kena bayar? Bukankah nak merokok kena bayar? 
Bukankah masuk pub kena bayar? 
Bukankah berjalan-jalan ke tempat maksiat kena bayar?

Wahai anakku! Ketahuilah bahawa masuk syurga itu percuma. Allah SWT telah memberimu modal yang sangat banyak.

Jika nak solat, kita tak perlu bayar.
Jika nak puasa, kita tak perlu bayar. 
Jika beristighfar, kita tak perlu bayar. 
Jika berzikir, kita tak perlu bayar.

Cerita bapa dan anak.

Wah, mendalam sungguh pengajaran cerita ni kan?

Sumber dari Whatsapp.

2 comments:

Powered by Blogger.