'santai tapi sampai'

Semua mesti tau kan apa dia tali pusat baby . Masa dalam rahim ibu, pusat baby berbentuk tali dan berfungsi sebagai saluran untuk membekal...

Tips merawat tali pusat baby.

Semua mesti tau kan apa dia tali pusat baby. Masa dalam rahim ibu, pusat baby berbentuk tali dan berfungsi sebagai saluran untuk membekalkan makanan dari plasenta (uri). Bila baby lahir, tali pusat ini akan dipotong dan disepit dengan meninggalkan 2-3 cm yang mana ia akan tertanggal sendiri. Biasanya ia akan hitam dan jatuh dalam tempoh 5-21 hari lepas lahir.

Kalau ibu-ibu yang pertama kali melahirkan mungkin takut nak sentuh dan rawat baki tali pusat sebab takut akan menyakiti baby. Macam cikla, honestly memang bab-bab cuci pusat masa anak cikla baby dulu memang mak cikla yang buat sebab cikla memang tak berani. Hehe.

Cuma anak ketiga je cikla buat sendiri sebab time tu kena berkampung kat hospital. So, nak tak nak kenalah buat kan. Tapi apa yang penting, kita mesti pastikan ia sentiasa bersih kerana ia berisiko terkena jangkitan. Lagipun kita masih boleh memandikan baby dengan cara dari atas ke bawah menggunakan flanel suam basah.

Jangan lupa lepas mandi lap tali pusat dengan tuala lembut dan biarkan ia betul-betul kering sebelum memakai lampin.

Tips merawat tali pusat baby.
Tips merawat tali pusat baby. Sumber Google.

Sebenarnya cikla nak share beberapa tips yang mungkin berguna (khas untuk ibu-ibu baru) macam mana nak merawat tali pusat baby.

  1. Pastikan ibu cuci tangan sebelum dan selepas menukar lampin.
  2. Jaga kebersihan kawasan tali pusat dan sekitarnya dan pastikan ia kering. Guna kapas baru yang lembut setiap kali membersihkan tali pusat.
  3. Jangan letak bedak atau baby oil dan gunakan kain kasa steril yang bersih atau kering pada bahagian pusat.
  4. Masa bersihkan pusat, pastikan suhu bilik tak terlalu sejuk. Bersihkan pusat 1-2 kali sehari.
  5. Jangan sesekali menarik tali pusat dan elakkan bahagian lampin tutup bahagian tali pusat. Biar ia terdedah pada udara atau tutup dengan baju yang longgar dan bersih.

Untuk pengetahuan, memang normal kalau ada tali pusat yang nampak macam kotor atau macam ada nanah di bahagian bawah.

Tapi, ada tanda-tanda yang menunjukkan tali pusat dijangkiti iaitu bau kurang enak, timbul ruam merah, hujung tali pusat kelihatan merah, bengkak di sekitar pangkal tali pusat dan boleh disertai nanah atau cecair jernih pekat, baby demam atau kurang menyusu serta menangis bila tali pusat disentuh.

Tapi, jangan risau ye ibu-ibu sekalian. Jika ia berlaku, masih boleh dirawat. Antaranya adalah;

  1. Bawa baby jumpa doktor. Doktor akan beri antibiotik dan ubat sapu untuk kurangkan jumlah bakteria di sekitar pusat.
  2. Elakkan tali pusat terkena air kencing baby sebab ia salah satu punca jangkitan. Jadi, letak lampin di bahagian bawah pusat.
  3. Masa mandikan baby, bersihkan juga tali pusat dengan air dan sabun tapi selepas mandi pastikan tali pusat dibersihkan sekering-keringnya dengan kain bersih terutama bahagian tali pusat yang masih berwarna putih. Bersihkan bahagian ini guna kapas dan biarkan ia terbuka supaya cepat kering atau tekap dengan kain kasa kering.

Apa yang penting, ibu-ibu haruslah sentiasa peka dan pandai menjaga tali pusat baby ni. Kesian kan kat baby kalau tali pusatnya terkena jangkitan. Bukannya baby tau cakap kalau sakit. Nanti baby asyik nangis, nangis, nangislah. Hehe.

Sumber info dari artikel Untukmu Mama (MW edisi Jan 2015).

0 comments: