Orang cakap nak berbelanja di zaman yang serba naik ni kena sentiasa bijak. Jadi pengguna bijak, kata orang sebab semua pilihan di tangan kita. Kita yang tentukan. Tak kiralah anak sikit ke, waima anak ramai pun boleh berjimat.
Bila kita tengok orang tu anaknya 'berderet', mesti kita terfikir macam manalah mereka manage anak-anak mereka yang pelbagai perangai dan ragam. Itu belum lagi melibatkan perbelanjaan yang dah tentu lebih sikit.
Tapi, be positive sebab anak kan pembawa rezeki. Kalau pandai manage, in shaa Allah mesti takde masalah, malah siap boleh berjimat cermat lagi.
Jom baca apa yang cikla nak share ni sebab ia memang praktikal dan yang paling pasti, ia menjimatkan.
Beli pakaian atau baju yang warnanya sesuai tak kira anak lelaki atau perempuan boleh pakai.
Orang cakap warna unisex. Kita tau kan, masa baby biasanya pakaian yang dipakai sekejap je. Lepas tu dah tak pakai dah sebab dah sempit *terutamanya tang seluar. So, simpan baju ni dengan baik supaya warna dan keadaannya dapat dikekalkan.
Nanti lepas ni, kalau dapat anak lagi baju ni semua boleh 'diwariskan' kepada adik-adiknya. Kalau yang ni memang cikla buat. Baju-baju si kakak dan si abang yang masih elok, cikla simpan untuk adik.
Dan baju-baju ni diwarisi oleh anak saudara cikla jugak. Mana yang baby Zara dah tak muat, cikla bagi kat anak adik yang baru lahir awal tahun hari tu.
Kalau beli barangan dapur tu elok beli secara pukal atau borong sebab lebih menjimatkan dan jauh lebih murah.
Dah tak susah kot nak cari barang dapur secara pukal sebab sekarang ni memang banyak pasar raya atau kedai yang jual barang secara borong. Mak ayah kena rajin cari je. Demi anak-anaklah katakan. Hihi.
Sebaiknya beli yang berkualiti tinggi sebab biasanya barangan sebegini lebih tahan lama. Memanglah kena keluar duit lebih sikit, tapi takpe kot sebab ia lebih berbaloi.
So, nanti barangan tersebut boleh digunakan turun-temurun start dari anak sulung sampailah ke bongsu. Dah tak payah susah-susah nak beli lain dah.
Macam cikla, memang walker yang cikla beli untuk abang Ammar masih elok dan baby Zara boleh gunakan. Yang kakaknya punya memang dah 'ke laut' dah sebab seingat cikla harganya murah sikit dari yang Ammar punya.
Ibu kena rajin masak.
Kalau ikutkan memasak sendiri lebih menjimatkan dari kita beli di kedai. Lagi-lagilah anak-anak yang sedang meningkat besar memang suka sangat makan.
Kadang-kadang budak-budak ni menu ringkas pun sedap je diaorang makan sampai bertambah-tambah. Goreng telur je pun. Itulah orang cakap betapa power nya air tangan seorang ibu.
Lagi satu, kebaikan masak sendiri ni kita boleh menyediakan makanan yang lebih berkhasiat dan mengawal penggunaan garam, gula, perasa dan minyak dalam makanan. Keluarga pun terjamin sihat.
Kalau ibu yang bekerja, mungkin kadang-kadang mereka tak sempat masak. Balik dari office, menghadap jem lagi. Sampai rumah pun dah lewat. Dengan penatnya lagi. Betul?
Takpe kalau nak beli makanan, tapi sebaiknya bungkus makanan kemudian bawak balik makan kat rumah dengan keluarga. Paling tak pun beli lauk je. Nanti balik tinggal masak nasi je.
Ini lebih menjimatkan, dan keadaan lebih selesa lebih-lebih lagi dapat meluangkan masa bersama keluarga.
Kalau korang ada anak kecik, sebaiknya cuba menyusu badan sepenuhnya sehingga anak berusia 2 tahun.
Tapi, kalau tak boleh nak buat macam mana kan. Apa yang penting, masa mengandung makan banyak makanan berkhasiat.
So that, inshaAllah susu akan meriah punyalah. Lagipun, sekarang ni susu formula bukannya murah. Agak mahal jugak.
Kalau anak kita tu dah masuk 3 ke 4 tahun, apa kata kita ajar mereka untuk tak memakai pampers.
Sebagai permulaan, ajar mereka untuk tak pakai pampers pada waktu siang. Perlahan-lahan. Nanti kalau drastik sangat takut mereka 'terkejut' pulak.
Cikla harap tips di atas dapat membantu ibu-ibu meringankan sedikit perbelanjaan khususnya mereka yang beranak ramai. Apa yang penting jimat dan dapat elakkan pembaziran. Membazir itu kan amalan syaitooonnn.
Sumber Ruangan Tips Jimat.
perkongsian yang baik...tips yang berguna untuk mereka yang mempunyai anak ramai
ReplyDeleteKan... kalau dah ramai mesti agak pening nk fikir belanjanya kan. Semoga tips ni boleh membantu...
DeletePerkongsian yang bagus. Sebenarnya nak berjimat atau tak ni bergantung kepada kita sendiri kan? Kena ada pengurusan kewangan yang baik la. Nak pula dalam keadaan sekarang ni
ReplyDeletehttp://anothersyed.blogspot.com
Betul jugak tu. Berbelanja pd benda yg perlu je... lagi2 Zaman serba naik ni...kdg2 berpeluh jugak bila buat byrn di kaunter.. Hihi...
DeleteBetul... kita yg kena bijak kn..
ReplyDeletetips yg menarik...sebenarnya berbalik pada cara kita uruskan kewangan.. :)
ReplyDeleteBetul tu... bijak uruskan kewangan in shaa Allah selamat...
DeletePerkongsian yang sangat baik. Terima kasih cik la =)
ReplyDeleteSharing is caring. Sama2...❤
DeleteSama2.. sharing is caring..
ReplyDeletePerkongsian yang baik CikLa.. Hihi pedoman untuk saya kelak, terima kasih.. =)
ReplyDeleteInshaAllah.. semoga bermanfaat..
DeletePanduan berjimat untuk yang ramai anak dalam keluarga.
ReplyDeleteTapi sekarang, tak banyak keluarga yang mempunyai anak yang ramai.
Kan.. kalau keluarga dulu lainlah. Satu keluarga sampai 10 anak. Steady je..
Deletebetullah, beli baju kaler unisex utk baby mmg tips jimat. beli barang pukal tu pun bagus juga .... nice sharing cik la.
ReplyDeleteKan. Yg penting boleh brrjimat... ye tak?
Delete