15 February 2017

10 tabiat pelik tapi menyihatkan!

Orang cakap, kadang-kadang untuk mengekalkan tahap kesihatan kita ada jugak cara yang pelik dan tak pernah dibuat di orang. Tapi, sebenarnya ramai yang tak tahu, tabiat yang pelik itulah mampu memberi kesan yang baik pada kesihatan kita. Inilah namanya, tabiat pelik tapi menyihatkan. Nak tau apakah tabiat pelik itu? Meh baca yang cikla list kan ni. Pelik tak pelik. Hihi.

10 tabiat pelik tapi menyihatkan!
10 tabiat pelik tapi menyihatkan! Kredit Google. 

1. Ada kajian mengatakan, tandas yang paling dekat dengan pintu itu adalah yang paling jarang digunakan. Padahal, tandas itulah yang mempunyai peratus bakteria terendah kalau nak compare dengan tandas lain. So, lepas ni gunalah tandas yang paling hampir dengan pintu ye sebab lebih bersih. Hehe.

2. Orang cakap, kalau salah satu anggota badan kita yang terpaksa dibalut atau disimen *mungkin disebabkan oleh kemalangan atau sebagainya tempat yang berbalut tu mesti rasa gatal kan. Betul tak? So, lepas ni kalau gatal apa yang korang perlu buat adalah 'menipu' otak korang dengan menggaru bahagian lain yang bertentangan dengan tempat yang sakit tu. Cubalah.

3. Biasa kalau suhu badan tinggi, kita disuruh minum air yang banyak kan? Tapi, apa kata lepas ni kita try buat macam ni pulak, iaitu dengan meletakkan pek ice kat bawah ketiak atau pangkal peha korang. InshaaAllah, suhu akan turun.

4. Kalau korang berada dalam keadaan takut, ambil epal hijau dan hidu. Epal hijau dikatakan boleh beri rasa tenang dan kurangkan rasa gelisah.

5. Sabun anti bakteria hanyalah menjadikan bakteria lebih kuat dan terdedah, sebab ada kajian mengatakan takde bukti yang mengatakan sabun anti bakteria itu boleh bertindak menghalang dan membunuh bakteria.

6. Guna madu sebagai anti bakteria dengan menyapu madu pada luka dan balut, sebab ada kajian mengatakan madu mempunyai unsur anti bakteria dan boleh mengelakkan jangkitan kuman pada luka. 

7. Bagi lelaki yang mempunyai alahan, sebaiknya korang kerap merapikan misai korang sebab ia penting untuk mengurangkan hama, debu dan habuk yang terperangkap pada misai. 

8. Memelihara haiwan jinak seperti kucing boleh membantu kurangkan risiko serangan jantung atau stroke. 

9. Bagi lelaki yang mengalami masalah ketagihan merokok, cuba korang gosok jari telunjuk korang dengan ibu jari. Paling tak pun, korang gosok kedua-dua belah tangan korang. Ada yang mengatakan cara ni boleh beri ketenangan dan buatkan tangan kita sibuk seterusnya lupa kepada rokok. 

10. Untuk hilangkan sedu, ambil sesudu teh gula putih dan makan. Ia dikatakan boleh beri kesan pada saraf diafragma dan sendu pun berhenti.

Ada tak yang korang pernah buat or sedang buat? Menjadi tak? Huhu.

Sumber Klinik Lelaki.

13 comments:

  1. No 7 tu kelakar pulak bila baca 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.... suruh encik hubby cuba buat... tapi, kalau dia ada misailah. Hihi

      Delete
  2. menarik menarik.. kalau demam saya mandi lama2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. kalau mandi lama2 orang buat, yg ni jrg buat. Boleh dicuba... Hihi

      Delete
  3. semua 10 pkara ni ju xperna dgr tp yep boleh try lepas ni nak tau kberkesanan dia tu.. Insyallah =) trima kasih share tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikla pun x pernah dgr. Itu yg nk share tu..

      Selamat mencuba ye Jun Zie..

      Delete
  4. singgah petang.. done follow.. :)

    ReplyDelete
  5. Yang no.1 tue memang selalu buat, rupa-rupanya ada hikmah disebaliknya, hihi..

    ReplyDelete
  6. Info yang menarik terutama fakta no 5 tu.

    ReplyDelete
  7. cik la, yang no.2 tu bab tipu otak, pernah la juga saya buat kan, tapi tak berkesan ... agaknya, otak kita ni mmg sukar kot ditipu, LOL.
    dan info no.1 tu memang menarik.

    ReplyDelete