'Santai Tapi Sampai'

26 February 2017

Buat duit dengan barang preloved.

Barang yang lepas hai jangan dikenang. Kalau dikenang, meranalah diri. Ehh, macam takde kena mengenai je. Hihi. Zaman sekarang semuanya memerlukan duit. Betul tak? Bergerak sikit nak duit, even masuk tandas awam pun nak duit. 

Pendek kata, takde yang free kot dah sekarang ni. Huhu. Dalam kita menghadapi dugaan dan cabaran ni, pendapat cikla sebagai pengguna yang bijak kita kena pandai mencari side income bagi menampung kehidupan lebih-lebih lagi yang berkeluarga besar. 

So, kalau korang nak tau kita boleh buat duit dengan barang preloved tau

Sebenarnya, cikla nak share pasal barang lama atau barang preloved. Memang tak dinafikan, ada orang terlalu suka shopping banyak-banyak lebih-lebih lagi kalau time sale. Memang satu kedai kot diborongnya. 

Tapi, bila dah beli, pakainya dua tiga kali je. Lepas tu, simpan terperap je dalam almari. Nanti kalau ada sale, beli lagi. Sampailah bertimbun. Macam-macamlah, dengan pakaiannya, kasut, shawl, tudung, buku novel, majalah, sampailah ke barang permainan.

Buat duit dengan barang preloved. Sumber Google.

Jangan ingat barang lama dan terpakai takde harganya. Memang ada sesetengahnya kita boleh jadikan kenang-kenangan sebab mungkin barang-barang tu ada yang limited edition. Payah nak dapat, atau ada satu je dalam Malaysia. Betul tak? Tapi, bagaimana pulak dengan barang yang lain? 

Mungkin kita boleh ‘buat duit’ dengan barang-barang sebegini. Memang tak dinafikan, zaman sekarang memang banyak orang berniaga barang preloved tak kiralah secara online atau direct. Macam bundle tu lah. 

Apa agaknya barang preloved yang kita boleh buat duit dengannya? Sebenarnya, banyak je barang preloved yang boleh kita let go. Jom kita tengok apakah ia;

Cikla rasa pakaian preloved paling popular kot. Tak kiralah baju kurung, kebaya, dress, jubah, blouse lengan pendek atau panjang, skirt labuh, jeans, mini skirt, seluar pendek dan macam-macam lagi. Kumpulkan semua pakaian yang ada, pilih mana yang korang nak dan selebihnya ketepikan sebab boleh mendatangkan duit tu. 

Selain itu, kasut jugak boleh dijadikan barang preloved. Tak kiralah lelaki atau perempuan mesti korang ada kasut lebih dari satu kasut. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerjaya. Betul tak? Kalau perempuan jangan cakaplah, heels 3 inci, heels 12 inci, kasut sarung, sandals, kasut flat, wedges dan macam-macam lagilah. 

Bayangkanlah dengan kasut sebanyak tu agak-agak kat manalah korang nak letak kan? Hihi. Itu belum lagi yang tak pakai elok tersimpan dalam kotak. Adu du du. So, kalau kasut korang yang banyak-banyak tu ada yang tak muat dan sempit, asingkan dan masukkan dalam kotak. Itu pun boleh mendatangkan duit jugak tu. 

Begitu jugak dengan tudung/shawl, kadang-kadang tu sampai dekat beratus helai. Haha, ada ke? Baik mengaku. Hihi. Biasalah, perempuan. Pantang ada sale, contohnya macam kat WOW SHOP tu, tudung ARIANI beli 5 percuma 1. Wah, dah 6 helai. Harga pulak memang murah. Siapa tak beli memang rugi. 

Bila dah banyak-banyak sampai tak tau nak simpan mana. Kalau yang bekerjaya tu bolehlah kot pakai, hari-hari tukar. Kalau yang suri rumah? Berjalan pun jarang-jarang. Lama-lama tak ke berkotak-kotak. Barang lain seperti permainan baby (anak patung) dan pakaian/barangan baby pun boleh dijadikan barang preloved

Pakaian baby contohnya, memang sesuai sangat sebab biasanya baby newborn akan cepat membesar. Pakai dua tiga kali dah tak muat. Baju pulak cantik-cantik dan masih elok. Warna pun tak jejas. Walau apapun, bagi cikla kalau nak buat barang preloved tu, pastikan barang tu dalam keadaan baik. Jangan ingat nak untung je, tapi keadaan barang tak bagus.

Tahulah barang preloved, tapi agak-agaklah kalau nak jual barang yang terlalu lusuh, koyak, butang tercabut, kesan kotoran kekal dan macam-macamlah. Walaupun niat kita nak cari duit lebih, tapi kita jugak kena ingat ada orang lain yang tak berkemampuan terutama anak yang ramai nak beli. 

Dalam kita mendapat untung, kita jugak mendapat ‘bonus’ iaitu pahala sebab dapat membantu golongan yang memerlukan. 

Sumber Ruangan Ringgit dan Sen.

4 comments:

  1. Pakcik pulak suka beli barang bundle,
    terutama sekali baju dan seluar untuk kerja kebun.
    Pakai sebulan dua, tukar yang lain.
    Harganya pun sangatlah murah. Beli kat pasar minggu aje.

    ReplyDelete
  2. kat FB ada yg buat grup brgn preloved ni..kalau ok elok mmg berbaloi beli

    ReplyDelete
  3. Zaman sekarang ni kan mmg ramai org berniaga barang preloved..kena ngan gaya mmg nampak macam.baru .. takde cacat cela.

    ReplyDelete
  4. MEK jenis yg syg nk let go barang --' Tu kadang bnyk duk dlm alaari smpai penuh dh --'

    ReplyDelete