Siapa suka makan yogurt? Cikla memang suka makan yogurt ni, lebih-lebih lagi perisa mangga. Erm, sedapnya. *lama dah tak makan, teringilah pulak. Huhu.
Rasanya sebelum ni cikla ada cerita kelebihan yogurt ni untuk kecantikan. Klik SINI kalau nak baca entri tersebut. Rupanya yogurt ni bukan sahaja bagus untuk kecantikan, tapi untuk kesihatan dan diet pun bagus jugak.
Kalau korang nak tau, kita boleh berdiet hanya dengan yogurt je. Kenapa? Tak percaya?
Yogurt sebenarnya adalah makanan rendah kalori yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Sebab apa ia sangat bermanfaat? Sebab yogurt boleh membantu dalam proses mengurangkan lemak pada bahagian perut, di samping melancarkan proses pencernaan kita.
Kalau korang nak berdiet dengan yogurt, pastikan korang memilih yogurt yang rendah kalorinya sebab ia lebih bagus.
Kalau korang nak tau, yogurt mengandungi pelbagai jenis khasiat termasuklah vitamin E dan zink yang mana ia sangat membantu dalam kesihatan kulit kita. Vitamin yang ada di dalamnya jugak boleh menjadikan sistem badan kita berfungsi dengan baik dan teratur.
Jom diet dengan yogurt. Kredit Google. |
Ada kajian mengatakan (International Journal of Obesity), jika kita mengambil yogurt paling kurang pun 3 kali sehari boleh mengurangkan lemak sebanyak 4 kg dalam masa 12 minggu. Banyak jugak tu, kan. Janji konsisten dalam berdiet.
Selain itu, yogurt juga adalah makanan antioksida yang boleh membersihkan kesihatan badan kita. Biasanya kita memang tau, kalau makanan yang kandungan antioksidan yang tinggi boleh menghalang radikal bebas yang wujud, seterusnya mendapatkan kesihatan yang baik.
Selain itu, yogurt juga adalah makanan antioksida yang boleh membersihkan kesihatan badan kita. Biasanya kita memang tau, kalau makanan yang kandungan antioksidan yang tinggi boleh menghalang radikal bebas yang wujud, seterusnya mendapatkan kesihatan yang baik.
Kalau kita melakukan diet rendah kalori dengan mengambil yogurt sebagai menu utama, ia dikatakan boleh mengurangkan lemak perut dengan kadar 81% lebih banyak dari mereka yang berdiet dengan tak mengambil yogurt.
Untuk pengetahuan korang, sebanyak 110 kalori yang terkandung dalam yogurt tanpa lemak. So that, ia boleh membantu kalori yang ada dalam badan terbakar. Lagipun, bakteria baik yang ada dalam yogurt boleh membantu memperbaiki dan menguatkan sistem kekebalan badan kita dalam menentang penyakit.
Untuk pengetahuan korang, sebanyak 110 kalori yang terkandung dalam yogurt tanpa lemak. So that, ia boleh membantu kalori yang ada dalam badan terbakar. Lagipun, bakteria baik yang ada dalam yogurt boleh membantu memperbaiki dan menguatkan sistem kekebalan badan kita dalam menentang penyakit.
Jom diet dengan yogurt. Sumber Google. |
Wah wah, rupanya banyak kelebihan yogurt ni kan? Cikla pun baru tau ni. Pendapat cikla, kita boleh jugak pelbagaikan cara kita nak makan ni. Contohnya, kita gaulkan yogurt yang asli (maknanya tanpa perisa) dengan hirisan buah-buahan atau sayur-sayur. Macam dressing untuk salad tu.
Biasa kalau salad kita guna mayonise atau thousand island kan, apa kata kali ni kita tukar dengan yogurt pulak. Sebab cikla rasa ada orang tak suka makan hanya 'semata-mata' yogurt je. Lagipun, orang cakap kadang-kadang lain dari yang lain tu sedap jugak kan. Selamat berdiet ye. Jangan fikir kita diet sebab nak cantik je. Kita diet sebab nak sihat. Cantik tu kan orang cakap terlalu subjektif. Lain orang lain pengertiannya.
Sumber Ruangan Sihat & Cantik.
Betul..kena betulkan mind set..diet bukan nak cantik tapi nak sihat..ramai orang ingat orang kurus tak perlu diet tapi sebenarnya orang kurus diet sebab nak sihat..
ReplyDeleteSetuju.. Kadang orang nak diet sebab takut kena ejek dan malu dengan kawan2.. bukan pasal nak sihat. Mungkin tu la sebab susah nak kurus.
DeleteSaya ada buat 1 artikel tentang kuruskan badan dalam 1 minggu.. Rasa-rasa selamat tak cara ni?
Baca :Cara Ekstrim Kuruskan badan dalam seminggu
Ciklah, mana nak dapat yougut yang baik ?