Nampaknya cikla belum boleh move on lagi dengan isu meroyan ni. Bagi cikla, masalah ni perlu dipandang serius sebab akibat dan kesan daripadanya amat menakutkan.
Walaupun, mungkin pada peringkat awal, ia nampak remeh tapi kalau dibiarkan berlarutan silap-silap haribulan boleh membawa kepada kematian terutama yang menjadi 'mangsa'.
Sebelum ni, cikla ada share di SINI, kisah seorang ibu yang bertindak mengelar leher anaknya berusia 2 bulan dipercayaI mengalami masalah meroyan.
Nauzubillah, takutnya bila kita dengar cerita-cerita macam ni kan. Minta-minta dijauhkanlah dari berlaku pada diri dan ahli keluarga kita. Aamiin.
Sebenarnya, mengikut kepercayaan masyarakat Melayu, meroyan ni boleh dikategorikan kepada beberapa jenis. Apakah itu? Baca ni.
Kategori meroyan mengikut kepercayaan Melayu. Sumber Google. |
- Meroyan Api; Ibu akan jadi panas baran, pembengis, cepat marah sampai menjerit-jerit dan lupa diri. Selain itu, ibu akan mengalami perubahan mood yang sangat ketara, malah ia lebih ketara semasa period.
- Meroyan Ketung; Ibu jadi murung, sayu, hiba, mudah menangis, lebih sensitif dan kadang-kadang nampak macam 'bodoh'. Keadaan ni biasanya berlaku pada ibu yang kehilangan anaknya, dan ada sesetengahnya sampai nak bunuh diri.
- Meroyan Urat; Ibu akan mengalami ketegangan urat sampai dia terpaksa mengeraskan diri macam orang yang kejang otot tu. Keadaan ni dikatakan biasanya berlaku masa cuaca sejuk, atau ibu salah makan makanan yang bersifat sejuk. Ia juga boleh berlaku pada ibu yang selalu membuat kerja berat atau banyak menggunakan urat besar sebaik sahaja lepas bersalin.
- Meroyan Lendir; Ibu kelihatan pucat, lesu, rambut gugur, mata pudar dan badan susut. Ada sesetengahnya mengalami keguguran rambut yang melampau dan dingin seks terhadap pasangannya. Dikatakan penyebab utama berlakunya keadaan ini adalah darah kotor dan 'angin jahat' dalam badan tak dikeluarkan habis masa berpantang.
- Meroyan Tinggal; Si ibu tiba-tiba asyik membebel, cakap pun sorang-sorang dan ada juga yang mengambil peluang melarikan dari dari rumah. Ibu juga mungkin 'tak nak' dengan babynya sendiri, dan mungkin akan sampai ke tahap menjadi ganas.
- Meroyan Bulu; Si ibu selalu rasa seram sejuk lepas melahirkan, dan kalau keadaan ni berlarutan si ibu mungkin akan terkena rheumatoid artiritis (radang sendi). Ini berlalu bila si ibu selalu bermain air dan bersejuk masa berpantang.
- Meroyan Kulit; Ibu akan rasa gatal dan miang satu badan dan tergaru-garu. Keadaan ni berlaku sebab darah kotor tak habis keluar menyebabkan kekotoran keluar melalui liang peluh, dan ia berterusan kalau darah nifas tak habis dikeluarkan sepanjang tempoh berpantang.
Pendapat cikla, para suami dan keluarga terdekat mestilah selalu alert dengan' perubahan' isteri tak kiralah masa berpantang atau sesudah berpantang.
Sebaiknya, bantulah isteri sama-sama menjadi anak, kerana emosi orang dalam pantang kadang-kadang tak boleh diduga. Lepas pantang pun sama, bantulah apa yang patut.
Jangan biar isteri mengadap 'anak-anak' seorang diri. Isteri pun sama. Kalau rasa diri tu 'lain macam', bagitau suami atau keluarga terdekat supaya tindakan awal boleh diambil. So, kejadian buruk dapatlah dielakkan. InshaAllah.
Jangan biar isteri mengadap 'anak-anak' seorang diri. Isteri pun sama. Kalau rasa diri tu 'lain macam', bagitau suami atau keluarga terdekat supaya tindakan awal boleh diambil. So, kejadian buruk dapatlah dielakkan. InshaAllah.
Sumber Ruangan Sihat.
Takutnya bila baca kategori meroyan ni. Suami memainkan peranan penting untuk awasi isteri dia. bagi dia dorongan dan sokongan waktu selepas melahirkan bayi.
ReplyDeleteKan. Kdg2 kita tak boleh nk tunding jari pada si ibu yg meroyan tu sorang je. Kita tak tau apa yg dia rasa sbb kita bukan di tmpt dia. Dorongan suami dan keluarga terdekat mmg sgt penting...
DeleteEmak saya pernah bagi tau yang dulu waktu mak dalam pantang melahirkan abang saya, emak nampak muka abang macam kambing. Lalu diambilnya emak pisau dan mahu menikam abang. Syukur mak cepat-cepat ingat Allah dan keadaan pulih seperti sedia kala. Amat penting sokongan dari orang sekeliling terhadap wanita yang sedang berpantang.
ReplyDeleteMaysaAllah... takutnya kalau dh sampai ke tahap mcm tu kan. Apalah seorang bby yg masih kecik tau... so sad.. syukurlah mak awk dh sembuh...
DeleteBanyak rupanyaa jenis meroyan ni. Haha. Baru tahuu
ReplyDeleteHihi... ilmu berguna ni tau...
DeleteBetul. Lelaki especially org lelaki kena amik tau jugak pasal ni. At least sebagai ilmu dan persediaan di masa depan...
ReplyDeleteSebab tue semasa berpantang, kita kena jaga perasaan ibu yang mlelahirkan anak kerana mungkin pada kita ucapan yang dikeluarkan hanyalah gurauan tapi diambik serius oleh ibu berpantang.. Dan yang paling penting, walaupun kita dalam berpantang, kena selalu ingat dan zikir kepada Allah agar hati kita tak terpesong oleh bisikan syaitan..
ReplyDeleteAssalamualaikum...mggu dulu,saya bawa isteri saya yg sakit batuk berlarutan kepada seorang yg pandai mengubat secara islam,alangkah terkejutnya saya bila orangbtua tu kata isteri kamu kena 'Meroyan Kera'.Nak tanya....apakah maksud 'MeroyanbKera' tersebut ?
ReplyDelete