Advertisement

Ubah laman rumah dengan cuka.

UBAH LAMAN RUMAH DENGAN CUKA. Biasa kita dengar orang akan menggunakan cuka dalam masakan atau untuk mencuci. Kalau korang nak tau kita jugak boleh digunakan untuk ubah laman rumah dengan cuka. Bunyi macam pelik kan? Tapi, itulah hakikatnya. Cuka yang bersifat natural tak akan beri kesan buruk pada tumbuhan dan jugak alam sekitar. So, memang selamatlah kalau nak gunakan cuka pada pokok-pokok bunga korang tu. Ada beberapa kaedah yang boleh kita gunakan untuk mengaplikasikan cuka ni. So, kaedah itu adalah;

Ubah laman rumah dengan cuka. 

Ubah laman rumah dengan cuka.
Ubah laman rumah dengan cuka. Sumber Google.

Penggunaan cuka untuk membersihkan pasu bunga dari tanah liat adalah sangat bagus. Guna nisbah cuka : air sebanyak 1 : 4 atau 5 dengan merendamkan pasu ke dalam campuran ni selama 20-30 minit sebelum diberus. Jangan tak percaya, pasu korang akan bersih dan bebas dari kotoran serta kesan cuaca. Selain itu, cuka juga dijadikan sebagai 'agent' pembersih rumpai dan lumut yang terdapat pada dinding dan laluan laman. Macam ala-ala 'clorox'lah ni. Just spray je cuka tanpa air pada tempat yang berlumut itu. 

Kadang-kadang, semut yang terlalu banyak pun masalah jugak kan. Jangan khuatir, just gunakan cuka untuk 'menghalau' sang semut itu. Korang boleh gunakan sama ada cuka putih atau cuka epal dengan merenjis di tempat laluan atau sarang makhluk ini. Kesannya, semut akan lari sebab tak tahan bau kita cuka. Cubalah... Lagi satu kelebihan cuka ni, disebabkan baunya yang agak kuat ia boleh digunakan untuk menghalau binatang seperti tikus, mondok, anjing dan sebagainya dari datang dekat di laman kita. Caranya mudah je, just rendamkan kain buruk dalam bekas berisi cuka, kemudian letak kain tersebut pada batang kayu di tempat yang mungkin binatang ni semua bersembunyi.


Di samping itu, penggunaan cuka juga boleh dipraktikkan dalam usaha 'memanjangkan' jangka hayat bunga hidup yang telah dipotong. Campurkan seliter air dengan 2 sudu besar cuka putih dan 1 sudu kecil gula. Then, rendam bunga tersebut dalam campuran tersebut. Memang bengang kan kalau buah yang kita tanam masak ranum tapi 'diserang' oleh ulat buah. So, lepas ni no more ulat buah lagi, sebab kita boleh gunakan cuka untuk mengumpan makhluk perosak ni pergi selama-lamanya.

Caranya, campurkan 1 cawan air, 1/4 cawan gula, 1/2 cawan cuka epal, dan satu sudu besar molases. (Cikla kurang pasti apakah molases itu, korang tanya pada yang pakar ye). Campuran ni kemudiaannya diletakkan dalam bekas kosong dan digantung pada pokok yang bermasalah itu. Lastly, cuka juga bagus digunakan untuk membersihkan peralatan laman dari berkarat. Renjis atau rendam je semua peralatan tersebut dalam cuka cair dan biarkan sekejap. Lepas tu basuh dan bersihkan peralatan itu.

Sumber Ruangan Impiana.

Post a Comment

2 Comments

  1. Nice info CikLa..Memang banyak kegunaan cuka nie bermula daripada dalam rumah hingga ke luar rumah..

    ReplyDelete
  2. hai. jom tambah follower dengan join segmen ni. http://shahirahsarmy.blogspot.my/2017/02/segmen-follow-me-februari-2017-my-first.html

    ReplyDelete