08 February 2017

Banyaknya faedah makan di rumah.

Banyaknya faedah makan di rumah. | Assalamualaikum wbt... Ada orang suka makan kat luar. Paling tak pun, beli makanan di luar. Cikla pun kalau tiba penyakit malas, memang beli ajelah. Hehe. Tapi, kalau korang nak tau banyaknya faedah makan di rumah sebenarnya. Nak tau tak apa faedahnya? Jom baca seterusnya...

Banyaknya faedah makan di rumah.

Banyaknya faedah makan di rumah.
Banyaknya faedah makan di rumah. Sumber Google.

  1. Memastikan keluarga memakan makanan yang macam-macam dan ikut keperluan dan bahan basah/mentah yang digunakan dalam sajian sentiasa fresh dan dalam keadaan baik.
  2. Mengawal saiz sajian atau menu yang kita ambil, lebih-lebih lagi bagi orang yang berdiet di samping makanan yang berlemak dan berminyak serta boleh menghadkan penggunaan kedua-dua bahan ni dalam menu.
  3. Menghidangkan makanan yang kita masak dari resepi yang menyihatkan.
  4. Menerapkan menu yang lebih seimbang termasuklah buahan dan sayuran. 
  5. Penggunaan gula juga boleh dikawal tak kiralah dalam makanan ataupun minuman, di samping penggunaan garam dan perisa makanan jugak.
  6. Menggunakan kaedah memasak dengan lebih menyihatkan seperti kukus, rebus dan panggang.

Bagi cikla, apa yang paling penting adalah kita dapat mengawal 'perbelanjaan' untuk perkara yang lebih penting di samping dapat mengelakkan pembaziran. Maklumlah, zaman sekarang yang serba mahal. So, kenalah pandai adjust perbelanjaan. Jimat pun jimat.

Lagipun, ukhwah dan perhubungan dalam keluarga pun dapat dieratkan lagi kan... Betul tak?


Sumber; Ruangan Rencana, Sinar.

6 comments:

  1. Yang paling penting 'air tangan' tu...kat kedai tak tahu air tangan dan tahap kebersihannya...

    ReplyDelete
  2. Setuju...makan dirumah lebih terjamin kebersihan...

    ReplyDelete
  3. setuju sangat! elsa nak dekat setahun kerja, baru sebulan amalkan makan dekat rumah hahaha. nak jimat punya pasal kan

    elsa singgah isi tabung. elsa ada cerita baru :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/lagu-nostalgia-pilihan-elsa-kisah.html

    ReplyDelete
  4. Yg penting ukhwah kluarga tu dpt dieratkan :) Makanan klau beli pun tkpe tp mkn brsama. Kalau dpt masak lg elok :)

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.