Kaitan warna air kencing dengan penyakit.

Walaupun kita sebenarnya mesti membuang air kecil setiap hari, tapi kalau dah terlalu kerap pun boleh jadi masalah jugak. 

Pendek kata, kerap buang air pun masalah, jarang buang air lagilah masalah. Semuanya kena balance. Lagi satu, warna air kencing kita. 

Apa rupa warnanya, sebab ada pendapat mengatakan warna tertentu air kencing boleh menunjukkan tanda yang seseorang itu mempunyai masalah kesihatan.  

So, inilah yang cikla nak share, apakah kaitan warna air kencing dengan penyakit. 

Sebenarnya, daripada warna air kencing, kita boleh mengetahui sama ada badan kita cukup air atau tak, ataupun kita mempunyai apa-apa masalah dengan organ dalaman kita. Nauzubillah, mintak dijauhkanlah. Jika air kencing kita;

Takde warna.

Kita minum terlalu banyak air. Orang cakap, berlebih-lebihan pulak air yang kita minum.

Kuning (sangat pucat).

Keadaan ini adalah normal dan badan kita mendapat air yang cukup.

Kuning (lutsinar).

Keadaan ini adalah warna air kencing yang normal. 

Kuning gelap.

Keadaan ini normal, tapi kita kena minum air yang cukup.

Kuning (warna seperti madu).

Keadaan ini menandakan badan kita kurang air (cairan) dan kena minum air secepatnya.

Warna coklat kehijauan.

Keadaan ni menandakan mungkin kita mengalami masalah hati atau dehidrasi. Minum air secukupnya dan segera berjumpa pakar until rawatan dan nasihat selanjutnya.

Warna pink kemerahan.

Keadaan ni mungkin kita mengalami pendarahan pada saluran kencing. Tapi, kalau kita makan buah blueberry, bit atau buah yang mempunyai warna purple pekat mungkin warna air kencing sebegini berpunca dari buah tersebut. 

Selain itu, warna sebegini juga menunjukkan kita mungkin mengalami masalah buah pinggang, tumor, jangkitan pada pundi kencing, dan masalah prostat. Segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Warna jingga.

Keadaan ni mungkin kita kurang minum air atau mungkin disebabkan oleh masalah hati, hempedu atau pewarna makanan. Untuk mengetahui lebih detail, jumpa doktor.

Air kencing berbuih.

Keadaan ni tak bahaya mungkin disebabkan oleh pengambilan protein berlebihan dan kesan hidraulik.

Sumber Ruangan Klinik Lelaki.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews