Zaman sekarang ni macam-macam penyakit yang datang kesan dari corak pemakanan kita yang tak betul. Sebenarnya, cara penyediaan makanan jugak penting untuk menjamin makanan yang dimakan itu supaya tak menjadi punca kita mendapat penyakit. So, cikla nak share untuk kurangkan kolestrol makanan bergoreng dengan mempraktikkan teknik gorengan yang betul. Jom baca selanjutnya;
Semasa menggoreng makanan, seeloknya guna minyak zaitun atau minyak kelapa sebab ia lebih sihat dan yang paling penting rendah kolesterol. Pastikan minyak yang digunakan itu minyak yang baru, bersih, tak keruh atau berwarna coklat. Kalau korang nak tau, minyak sebegini mempunyai lebih banyak kolesterol dan tak elok untuk kesihatan.
Kalau nak makanan tak menyerap minyak dengan banyak, pastikan minyak betul-betul panas. Tapi, api kena jaga jugak sebab kalau besar sangat apinya nanti hangus pulak makanannya. Toskan makanan dengan tisu atau kertas makanan yang boleh serap minyak sebaik saja makanan diangkat dari kuali.
Kalau kita yang tak ubah, siapa lagi kan. Lagipun, orang cakap cegah sebelum kena.
Sumber Ruangan Rasa.
Betul...kita kena mula ubah..terima kasih CikLa :)
ReplyDelete
ReplyDeleteNo 4 selalu buat ;) tiga atas tu jarang jarang buat --'