'santai tapi sampai'

Ini sebenarnya cerita siang tadi. Huhu. Menjadi surirumah tangga sepenuh masa ni, satu je masalah yang sering dihadapi. Nak masak lauk apa...

Asam pedas ayam mudah.

Ini sebenarnya cerita siang tadi. Huhu. Menjadi surirumah tangga sepenuh masa ni, satu je masalah yang sering dihadapi. Nak masak lauk apa. Ehem, kadang-kadang hari-hari masak pun boleh blur dan tak tau nak masak apa. Mana taknya, bahan mentah pun kalau tak ikan, ayam. Kalau tak ayam, ikan. Tukar-tukar tu. Kalau dah jemu sangat, barulah masak telur atau ikan bilis. *tapi, syukur alhamdullilah sebab diberi rezeki. 

Masak resepi yang sama pun boleh jemu jugak kan. Tengah-tengah blur fikir nak masak apa, tetiba teringat lauk asam pedas ayam yang mak cikla masak masak cikla balik kampung aritu. Boleh jugak kalau nak cuba kan. Lagipun belum pernah try lagi.

Apa lagi, dengan pantas cikla wasap mak cikla mintak resepi. Bila tengok bahan-bahannya pun memang dah ada kat dapur tu. So, apa lagi. Kita kasi bikinlah itu asam pedas ayam. Mungkin ada yang pernah buat kot, dan resepinya pun ada macam-macam cara dan bahannya. 

Tapi cikla rasa ini resepi asam pedas ayam yang tersenang kot sebab tak payah guna bunga kantan, daun kesum tu semua. Bahan pun tak banyak nak guna. Ok ok, malas nak bebel panjang, jom kita tengok resepinya dulu. Resepi ni untuk seekor ayam tau.

Asam pedas ayam mudah.
Asam pedas ayam mudah.
Bahan-bahannya;

1 ekor ayam dipotong kecil dan dibersihkan.
5 biji bawang merah atau bawang besar.
3 ulas bawang putih.
Halia sebesar ibu jari.
Belacan sebesar ibu jari.
1 sudu besar serbuk lada hitam.

(depend pada korang. Kalau nak pedas sikit, boleh lebihkan cili. Tapi kalau cikla tak payah kot sebab dah ada lada hitam. Nanti pedas sangat pulak).

1 senduk cili lumat/giling.
1 sudu besar rempah kari ayam.
2 helai daun limau purut.
1 cawan air asam jawa.
Garam, perasa dan gula.
Minyak untuk menumis.

Cara nak buat asam pedas ayam;

Kisar bawang merah, bawang putih, halia, belacan dan serbuk lada hitam dengan sedikit air sampai halus. Selepas itu, panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tu  sampai wangi dan naik baunya. Bila dah naik bau, masukkan cili giling dan rempah kari ayam. Tumis lagi sampai garing.

Bila dah garing, masukkan ayam dan air asam jawa. Ratakan dan gaul semua bahan. Tambah sedikit air kalau tengok macam kering je kuahnya. Masak ayam sampai empuk dan kuahnya menjadi agak kering serta pekat. Tapi, Kalau korang suka berkuah tak payah kering sangat kuahnya.

Akhir sekali, masukkan daun limau purut, garam, perasa dan gula. Gaul lagi dan sesuaikan rasa. Bila dah ok, tutup api dan bolehlah dihidangkan. Macam mane? Senang kan. Cikla makan memang bertambah-tambah.

2 comments:

  1. Menyelerakan je nampaknya hehe. btw saya singgah sini dan follow ya. Jemputlah melawat blog baru saya :)

    ReplyDelete