'Santai Tapi Sampai'

20 February 2017

Tips selamatkan diri dari kebakaran.

Kebelakangan ini, kita sering 'dihidangkan' dengan berita tentang kebakaran yang berlaku sehingga meragut nyawa. Dalam akhbar Sinar hari ini, apa yang menjadi isu tentang jeriji kekal yang dipasang pada pintu dan tingkap rumah mangsa. Secara peribadi, bila difikir-fikir betul jugak apa yang diisukan ni. 

Memanglah pada awalnya fungsi jeriji tu bagus dari aspek keselamatan, *untuk anak-anak yang suka keluar rumah tanpa kita sedar tapi, secara tersiratnya ia boleh mengundang bahaya jika berlaku kejadian seperti kebakaran contohnya. So, fikir-fikirkanlah. Sebenarnya, ada beberapa tips selamatkan diri dari kebakaran yang cikla nak share dengan korang semua. Mungkin ada yang dah tau dan ada yang tak tau lagi.

Tips selamatkan diri dari kebakaran.
Tips selamatkan diri dari kebakaran. Sumber Google.

  1. Kenalpasti paling tak pun dua jalan keluar di rumah kita supaya dapat menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran.
  2. Jangan ingat kat sekolah or pejabat je kita boleh buat latihan kebakaran. Kat rumah pun perlu sebenarnya, sebab kalau boleh semua ahli keluarga tahu dan faham apa yang kena buat kalaulah berlaku perkara sebegini. Apa yang penting diaorang tak panik dan tau apa nak buat.
  3. Sebolehnya, elak menggunakan jeriji pada pintu dan tingkap rumah. Kalau terpaksa guna jeriji untuk menghalang jenayah atau menjamin keselamatan, pastikan jeriji tu senang dibuka dari dalam rumah. 
  4. Jangan halang semua jalan keluar di rumah dan pastikan ia mudah dilalui.
  5. Pastikan semua ahli keluarga tau kat mana diletakkan anak kunci pintu jeruji terutamanya. Kalau boleh, jangan ubah-ubah tempat simpan anak kunci tu, sebab kalau berlaku kecemasan taklah kalut nak cari nanti. Kalau ada duit lebih sikit, pasang alat pengesan asap sebab ia memang penting sebagai pemberi isyarat kalau berlakunya kebakaran.

Apa yang penting, kita semua kena selalu peka dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Bertindaklah dengan bijak, lagipun orang cakap, kalau ada pilihan yang lebih baik tak salah untuk berubah demi kebaikan semua. Sekurang-kurangnya, mungkin kita boleh menyelamatkan mangsa dan korban nyawa dapat dielakkan. In Shaa Allah.

4 comments:

  1. perkongsian yang sangat bermanfaat dan menarik...kita pun ada satu tentang kebakaran nak kongsi, tapi tak terkongsi-kongsi... nanti-nanti ada masa kita kongsi tentang tu...

    ReplyDelete
  2. Salam CikLa,

    Bagus info ni CikLa.. Setiap rumah perlu ada fire extinguisher dan dipasang fire detector.. Nice sharing 😍

    ReplyDelete
  3. bab jeriji tu, mrs pip letak satu spare kunci yang mudah diambil sekiranya berlaku kecemasan. dan bagitau semua ahli keluarga mana kunci spare tu ... hope tips ni membantu ...

    ReplyDelete