Sebenarnya, tak kiralah sama ada kita bertudung atau tak, kebersihan dan kesihatan rambut mestilah dijaga sebaiknya.
Lagipun, orang selalu cakap rambut adalah mahkota setiap wanita. Tak dinafikan kebanyakan wanita bertudung akan mengalami pelbagai masalah seperti rambut berbau, kelemumur, dan rambut gugur.
Dengan semua masalah yang wujud ni, tak hairanlah yang rambut wanita bertudung lebih memerlukan perhatian yang lebih khusus dan teliti.
Bukan apa, kalau permasalahan ni dipandang ringan, ditakuti ia boleh menyebabkan rambut rosak dengan teruk.
So, pemilihan shampoo dan perapi yang sesuai perlulah dititikberatkan. Kalau korang nak tau, bukan semua shampoo yang dijual tu sesuai dengan rambut kita. Mungkin dengan orang lain sesuai, tapi dengan kita tak.
Pastikan kita pilih produk yang betul dan sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh rambut kita. Nanti bukan selesai masalah, makan bertambah-tambah pulak.
Ada yang mengatakan cara kita mencuci rambut itu penting. Memang cikla akuinya. Sebelum kita nak cuci rambut, rehatkan dulu rambut sama ada dengan ‘melepaskan’ pengikat rambut untuk memberi ruang kepada rambut dan kulit kepala ‘bernafas’ dengan bebas.
Untuk pengetahuan korang, ada beberapa teknik cucian yang boleh dipraktikkan demi mendapatkan rambut yang sihat, iaitu;
Tentukan sama ada kulit kepala korang tu jenis kering atau berminyak. Kalau kulit kepala korang jenis kering, jangan gunakan air panas sebab ia boleh menjadikannya bertambah kering.
Kalau jenis berminyak pulak, seeloknya basahkan kulit kepala dan rambut korang dengan air panas/suam dulu dan lakukan urutan lembut. Ini membolehkan pori-pori kulit kepala dan kutikel rambut bebaskan minyak dan segala kotoran yang ada padanya.
Selain itu, tempoh cucian jugak penting. Bergantung pada keadaan rambut korang sama ada panjang atau pendek. Kalau panjang, satu cucian tak cukup dan begitulah sebaliknya.
Apa yang penting, rambut dibilas sebersihnya sebab kesan shampoo boleh menjadikan rambut dan kulit kepala mengalami kerengsaan.
Kalau kita nak pastikan sama ada rambut benar-benar bersih, tengok cucian pertama dulu. Kalau takde atau kurang buihnya lepas shampoo diletakkan ini bermakna rambut korang perlu dibilas lagi.
Ini kerana kalau buihnya sikit adalah kesan dari minyak yang berlebihan serta kotoran yang ada.
Kalau sebaliknya, tak payah bilas lagi dah sebab kalau asyik dibilas je dikhuatiri rambut dan kulit kepala korang akan hilang kelembapan dan nutriennya pulak.
Kalau sebaliknya, tak payah bilas lagi dah sebab kalau asyik dibilas je dikhuatiri rambut dan kulit kepala korang akan hilang kelembapan dan nutriennya pulak.
Masa guna perapi, korang boleh urut rambut dan kulit kepala korang dengan lembut dan biarkan sekejap supaya ia boleh menyerap dengan baik sebelum dibilas bersih. So, kelembapan dan kelembutan rambut dapat dikekalkan malah lebih lagi.
Tips elak rambut berbau wanita bertudung. Sumber Google. |
Berikut merupakan ada beberapa tips yang cepat yang mungkin korang boleh cuba untuk mendapatkan rambut yang sihat dan juga mengelakkan rambut dari berbau.
- Seeloknya, sebelum korang mandi sikat dulu rambutnya supaya air mudah lalu di antara helaian rambut semasa dicuci.
- Kalau boleh, jangan tukar jenis shampoo yang korang pakai. Stick pada satu jenis je.
- Sebulan sekali, rawatlah rambut tu. Kalau ada modal sikit, pergi je ke saloon rambut. Tapi, kalau buat sendiri kat rumah pun lagi bagus. Jimat pun jimat kan.
- Sebaiknya, lepas mencuci rambut elak dari melakukan aktivitii yang boleh menyebabkan kulit kepala kembali berpeluh.
- Sebaiknya, jangan perah rambut yang basah kuat sangat sebab kalau korang nak tau, masa inilah structure rambut sangatlah rapuh.
- Elakkan pakai tudung sebelum rambut betul-betul kering sepenuhnya, sebab ini akan menyebabkan rambut jari berbau dan hapak. Pakai tudung dari fabrik cotton sebab ia lebih memudahkan sistem pengudaraan mengalir dengan baik.
- Jangan pakai anak tudung ketat sangat dan pastikan anak tudung adalah dari jenis yang mudah serap peluh.
So, semoga tips di atas akan memberi sumber inspirasi pada kita dalam menjaga ‘mahkota’ kita yang satu ini. Semoga bermanfaat.
Sumber Ruangan Sekilas Cantik.
tips yang berguna untuk yang bertudung.
ReplyDeletesatu lagi sebab kan cik la rambut kita ada kaitan hormon wanita iaitu hormon estrogen yang tidak stabil.
ReplyDelete