Bagi cikla, rahim merupakan anugerah paling berharga pada seorang wanita sebab dengan adanya rahim wanita boleh melahirkan zuriat dan mengembangkan keturunannya.
Memang tak dinafikan, bukan semua wanita boleh mengandung mungkin disebabkan oleh faktor tertentu, tapi rezeki anak itu adalah rahsia Allah.
Selagi kita berusaha dan berikhtiar tanpa jemu serta berdoa, takde yang mustahil. Betul tak? Masalah rahim jatuh jugak tak terkecuali menjadi salah satu masalah yang ditakuti oleh wanita. Cikla rasa semua wanita kena baca ni.
Jangan ingat wanita yang dah berkahwin dan melahirkan anak je boleh mengalami masalah ni.
Even, orang yang belum berkahwin pun boleh kena mungkin disebabkan 'kelasakan' mereka atau membuat aktiviti berat. Apa yang menyebabkan keadaan ini berlaku sebenarnya?
Keadaan ini disebabkan oleh kerosakan/kelemahan ligamen dan otot pada bahagian pinggul (pelvis) dan ia tak boleh menampung organ di bahagian itu.
Keadaan ini disebabkan oleh kerosakan/kelemahan ligamen dan otot pada bahagian pinggul (pelvis) dan ia tak boleh menampung organ di bahagian itu.
Ini akan menyebabkan rahim yang jatuh akan keluar dari faraj, manakala pundi kencing pulak akan menolak ke bahagian dinding faraj serta usus besar menolak ke arah belakang faraj. Ini akan menjadikan rasa tak selesa.
Menurut Dr. Asiah Abdullah, pakar perbidanan dan sakit puan, ada 3 jenis masalah rahim jatuh iaitu, kalau masalah rahim jatuh ini melibatkan bahagian atas/bumbung faraj, keadaan ni akan menyebabkan rahim berada dibahagian faraj (uterine prolapsed).
Ini melibatkan 3 keadaan sama ada rahim akan turun sikit. Keadaan mungkin ada sesetengah wanita tak tau pun yang rahimnya jatuh, dan ia boleh diketahui bila dia melakukan pemeriksaan seperti pap smear.
Yang kedua adalah, rahim jatuh lebih jauh ke bawah dan pangkal rahim boleh dilihat di pintu faraj. Ketiga, hampir kesemua rahim jatuh dan terkeluar dari faraj. *yang ni dah parah dah ni, seriau dengar. Huhu.
Kalau masalah rahim jatuh pada bahagian hadapan, pundi kencing akan jatuh ke dalam faraj, dan dinding faraj yang ditolak ke depan akan mewujudkan satu benjolan.
Ini dikenali sebagai Cycstourethrocele (pundi kencing dan salur kencing jatuh serentak), dan keadaan ni paling biasa terjadi.
Manakala, kalau rahim jatuh di bahagian belakang faraj, keadaan ni menyebabkan sebahagian usus kecil mengisi ruang antara rahim.
Rahim akan jatuh ke kawasan antara faraj dan bahagian akhir rektum. Kalau rektum ni jatuh, ia satu benjolan kecil akan wujud di belakang faraj berhampiran dengan dubur (rektosele).
Masalah vault prolapse pulak disebabkan oleh keadaan yang berlaku selepas pembedahan histerektomi. Tapi, keadaan ini amat jarang berlaku.
Rahim jatuh, masalah ditakuti wanita. Kredit Google. |
Apakah pula penyebab dan tanda rahim jatuh?
Macam yang cikla nyatakan sebelum ni, ada beberapa punca yang boleh menyebabkan keadaan ini berlaku, antaranya batuk dan sembelit yang kronik, kehamilan, menopause, obesity, fibroid dan faktor usia.
Sebab lain adalah, selalu mengangkat barang yang berat, keturunan, melakukan pembedahan pelvis contohnya histerektomi, atau saraf tunjang yang cedera atau rosak.
Sebab lain adalah, selalu mengangkat barang yang berat, keturunan, melakukan pembedahan pelvis contohnya histerektomi, atau saraf tunjang yang cedera atau rosak.
Manakala, antara tanda rahim kita jatuh adalah sesetengahnya rasa macam ada sesuatu yang 'berat' di celah kemaluannya. Yang paling teruk, ia boleh menyebabkan sama ada luka, berdarah dan dijangkiti kuman. *bila kesemua rahim jatuh.
Selain itu, kalau pundi kencing yang jatuh, kencing akan jadi tak lawas. Asyik nak pergi toilet je. Tapi bila kencing, sikit je. Sembelit atau rasa tsk puas bila 'membuang' pulak berlaku bila usus kecil/besar pulak yang jatuh.
Namun, orang selalu kata mencegah lebih baik dari mengubati. Ada beberapa langkah pencegahan yang kita boleh pratikkan untuk mengelakkan rahim jatuh. Antaranya adalah seperti berikut;
- Sebaiknya jangan berdiri terlalu lama. Selang-seli dengan duduk sekejap-kejap sambil berlunjur di atas bangku, kalau kerja korang memerlukan korang berdiri lama.
- Lakukan senaman pelvis, tak kiralah korang dah berkahwin atau belum. Ia amat penting sebab ia boleh menguatkan otot dalaman, di samping dapat mengawal semula rasa nak menbuang air kecil.
- Banyakkan makan makanan berserat tinggi seperti sayuran dan buahan untuk mengelakkan sembelit yang kronik.
- Sebaiknya, elak duduk lama-lama meneran dalam toilet lebih dari 15 minit, tak kiralah korang puas ke tidak nak membuang.
- Pakai sut pelangsingan badan, tapi elakkan korset yang ketat sangat.
- Sebolehnya, elakkan mengandung pada jarak yang dekat dan cubalah guna kaedah perancang keluarga yang bagus. *tapi kalau dah rezeki, nak buat lagu mana kan, hmmm.
Rahim jatuh, masalah ditakuti wanita. Kredit Google. |
Hakikatnya, semua wanita kena sedar betapa pentingnya rahim pada kita, sebab ada yang mengatakan kesihatan rahim juga boleh mempengaruhi emosi dan keadaan diri kita jugak.
Tak salah kot kalau cikla katakan penjagaan rahim ni adalah lebih penting dari penjagaan wajah sebab sihat atau tidak rahim kita ini akan beri effect pada keseluruhan badan kita. Sayangi rahim kita.
Untuk lebih detail dan langkah merawat, better korang berjumpa dengan pakar yang lebih arif mengenai hal ini.
Sumber Dr. Asiah Abdullah, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan.
Nice sharing CikLa.. Memang ngeri kalu melibatkan rahim jatuh nie.. Biasanya dengan bersengkak jea kalu nak naikkan peranakan tapi sakitnya Ya Rabbi...
ReplyDeleteNice entry Cik La..
ReplyDeleteThanks for sharing...
Memang merisaukan kalau rahim jatuh,
Orang tua cakap, nnt sukar nak mengandung, tak tau la betul ka tidak?
Cheers...
Tak tahu rahim jatuh..tukang urut kata rahin jatuh..dia pon sengkak. Sakit ya ampunnn
ReplyDeleteMase mek pantang hr tu bidan slalu ckp kne jaga rahim. Slalu time dia dtg suh dia pegang dtg mek suh dia pegang nk tahu dduk ok ke tk :)
ReplyDeleteTq sharing..sangat2 takut benda2 gini terjadi
ReplyDelete