'santai tapi sampai'

Biasa kita guna kulit kayu manis dalam masakan kan. Tapi, sebenarnya rempah ratus yang popular ni jugak boleh digunakan dalam bidang kecan...

Kulit kayu manis untuk cantik.

Biasa kita guna kulit kayu manis dalam masakan kan. Tapi, sebenarnya rempah ratus yang popular ni jugak boleh digunakan dalam bidang kecantikan jugak. Mungkin inilah rahsia kecantikan dan awet muda orang dulu-dulu, sebab mereka sentiasa nampak cantik walaupun sudah berusia. 

Ada beberapa kelebihan kulit kayu manis ni kalau korang nak tau. Antara 'kemagikan' cik kayu manis ni adalah;

Kulit kayu manis untuk cantik.
Kulit kayu manis untuk cantik. Kredit  Google.

  1. Kulit kayu manis boleh melembapkan kulit. Caranya senang je, just campurkan minyak kulit kayu manis dengan minyak zaitun dan urutkan campuran tersebut pada muka korang selama 10 minit. Selepas itu, cuci dengan air bersih. Ia dikatakan dapat mengurangkan kedut-kedut pada muka, termasuklah garis halus dan bintik hitam. Cubalah. korang tengok hasilnya sendiri. Yeahhh.
  2. Kulit kayu manis dapat mengubati atau mengatasi jerawat. Just campurkan serbuk kulit kayu manis dengan madu dan gaul sampai sebati. Selepas itu, sapu dan ratakan campuran tersebut pada muka, kemudian biarkan sekejap selama 15-20 minit. Then, cuci dengan air bersih.

Senang je kan. Selamat mencuba.

Sumber Ruangan Sihat & Cantik.

5 comments:

  1. oo..boleh buat masker juga ye.. pasti best ni, suka sangat bau kayu manis. thanks for the tips ye.

    ReplyDelete
  2. No.2 tue selalu jugak saya buat masa kecik-kecik dulu tapi sekarang dah malas sebabnya letih nak mengasah atas lesung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikla rasa skrg dh x payah nk asah2 dh. Dalam bentuk serbuk kan ada.

      Delete
  3. Jangan tebal2 sangat, nipis-nipis je. Lepas tu cuci sebersihnya..

    ReplyDelete