9 February 2017

Tips bahagia berpanjangan.

Cikla percaya, setiap pasangan yang berkahwin mesti mengimpikan bahagia berpanjangan bersama yang tersayang. 

Sebenarnya, tak susah pun untuk meraih itu semua, walaupun semasa melalui liku-liku dan tempoh sepanjang hubungan mungkin macam-macam dugaan yang dihadapi. 

Apa yang penting, semuanya bermula daripada hati dan usaha kita sendiri untuk merealisasikan makna bahagia itu, seterusnya mengekalkan bahagia yang dikecapi hingga ke Jannah. InshaAllah.

Ada beberapa tips yang mungkin boleh dipraktikkan oleh semua pasangan yang sudah berkahwin terutamanya agar hubungan mereka akan kekal bahagia berpanjangan. Jom baca kalau nak tau.

Tips bahagia berpanjangan.
Tips bahagia berpanjangan. Sumber Google.

Percaya

Inilah yang terpenting dalam hubungan. Katalah kita meragui, tanya sendiri pada dia dan jangan gunakan orang ketiga. 

Bukan apa, takut orang ketiga tu menokok tambah cerita. Yang takde, diada-adakan. Tapi kena ingat jugak. Kalau dia bercerita hal yang sebenarnya berlaku, jangan terus percaya tanpa bukti dan perhatikan gerak-gerinya. 

Bagi cikla, 100% percaya tak boleh jugak. Kena 90% percaya. 10% tu spare untuk rasa sangsi. Manusia biasa, tak perfect mana pun kan. Betul tak?

Memaafkan

Jangan simpan dendam dan mengungkit apa yang telah berlaku. Kalau pun pasangan melakukan kesalahan, belajarlah memaafkan. Ingatlah, setiap manusia pasti tak akan terlepas dari buat silap. 

Sedangkan Nabi ampunkan umatnya, inikan pulak kita manusia biasa. Apa yang penting, sentiasa berkongsi masalah, paling tak pun berilah semangat pada pasangan supaya dia akan sentiasa rasa dia tak keseorangan dalam apa jua keadaan.

Terima pasangan seadanya

Belajar terima kekurangan sebab takde manusia yang perfect. Jangan sesekali memandang rendah kepada pasangan kalau pasangan berkedudukan lebih rendah dari kita, tak kiralah dari segi kerjaya atau harta benda. 

Ingatlah setiap orang ada kelebihan dan kekurangan mereka sendiri. 

Jangan mengongkong

Siapa aje yang suka hidupnya 'diatur' oleh orang lain kan. Macam lembu dicucuk hidung. Jangan cerewet sangat dan cuba bersikap lebih terbuka. 

Kalau ada yang tak puas hati atau musykil, luahkan. Jangan dipendam. Lagi satu, elakkan syak yang bukan-bukan dengan pasangan dan cuba berfikiran positif. 

Cuba wujudkan kemesraan

Walaupun dah kahwin lama, cuba wujudkan kemesraan macam masa baru-baru kahwin sebelum ni. Kalau suami pergi kerja, salam dan cium tangannya. 

Kalau isteri tengah buat kerja kat dapur, suami peluklah isteri dari belakang. Isteri pulak, berhiaslah cantik-cantik untuk suami terutama berada di rumah. Tak salah berhias untuk suami kan. Pahala pun dapat.

Buat surprise

Buatlah kejutan yang boleh buat pasangan happy terutama pada birthday dia atau anniversarry korang. Tak payahlah nak bagi hadiah mahal-mahal, sebiji kek pun dah cukup. 

Apa yang penting korang ingat tarikh-tarikh penting dalam hubungan korang. Itu pun sudah mencukupi. Rasa dihargai sesangat tau.

Sesekali pergilah honeymoon

Kalau ada budget lebih, apa salahnya pergi melancong atau honeymoon. Tak kiralah kali kedua ke, ketiga ke, malah kesepuluh pun ok. Hehe. Pergilah ke tempat yang romantika di tampoi, yang boleh mengeratkan lagi hubungan.

Apa yang penting, elakkan emosi menguasai hubungan jika mahu bahagia berpanjangan. Ini kerana, kalau emosi 'melibatkan' dirinya, maka semua tindakan akan diambil tanpa berfikir secara betul tanpa mempedulikan perasaan pasangan. 

Apa yang dipentingkannya, hatinya puas. Betul tak? Tolak ansur dan saling menerima pasangan seadanya jugak penting. So, selamat berkasih sayang ye.

Sumber Ruangan Kasih & Sayang. 

8 comments:

  1. In sya Allah.. Terima kasih cik la.. Pada Reen, ada tambahan sedikit.. Solat berjemaah juga penting.. Salah satu cara untuk mengeratkan lagi hubungan mesra antara suami ister dengan Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 betul tu solat berjemaaah mmg dpt eratkan hubungan dlm keluarga...

      Delete
  2. Sokong yg jgn percaya 100% tu. Sebab manusia bukan maksum mcm nabi. Mesti ade jugak 10% godaan syaitoonn. Tu pun naseb nak 10%, buatnya lebih --' haruuu.

    Mek pun sokong komen reen kat atas. Yg tu kalau dpt amal slalu, syaitoonn pun takot nk dtg dekat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu Mek...kang percaya sgt takut pasangan salah guna kepercayaan yg diberikan.

      Delete
  3. Panduan yang berguna.
    Jangan lupa selepas solat berjemaah, mohon diberikan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

    ReplyDelete
  4. Takpe. Plan elok2 dulu, bila dpt masa yg yg cun terus pergi je.. Hihi

    ReplyDelete
  5. Insha Allah akan cuba dipraktikkan dalam perkahwinan.. =)

    ReplyDelete