Advertisement

Nak cantikkan kulit? Makan ni...

NK CANTIKKAN KULIT? MAKAN NI... Siapa yang tak nak mempunyai kulit yang cantik, mulus, flawless dan yang paling penting sihat dan bebas tanpa cela. Semua orang nak. Betul tak? Tapi, kadang-kadang kita terlalu bergantung sangat pada 'produk' kecantikan untuk cantik. Bukan cikla nak cakap produk tu semua tak bagus, tapi kalau ada cara semulajadi yang lebih sihat, why not kita tak mencuba. Manalah tau lebih serasi dari penggunaan produk yang tentunya ada chemical didalamnya. So, cikla nak share beberapa cara yang senang kalau nak cantikkan kulit. Nak tau apa dia? Teruskan membaca ok...

Nak cantikkan kulit? Makan ni...

Sebenarnya, tersangatlah mudahnya kalau kita nak rawat kulit wajah kita sekaligus mendapatkan kulit wajah yang diidamkan. Hanya dengan mengambil makanan yang mengandungi vitamin didalamnya, dengan syarat ia diambil secara rutin dan konsisten.

Memakan ikan adalah cara terbaik untuk mendapatkan sumber protein dan omega yang mana ia tersangatlah baguss untuk kesihatan kulit wajah kita. Kalau ada duit lebih tu, belilah ikan salmon sebab ikan ini dikatakan mempunyai kandungan protein yang boleh menghasilkan kolagen pada kulit kita. Selain itu, ia juga boleh membantu memperbaiki tekstur kulit dan baik untuk kesihatan mata, kuku dan rambut jugak.

Peminat teh hijau boleh teruskan kesukaan anda itu sebab teh hijau mempunyai antioksidan yang boleh memberi perlindungan pada kulit kita terutama dari sinaran UV yang menyebabkan tanda-tanda penuaan pada kulit. Ia juga boleh membantu mencerahkan kulit, mengurangkan jerawat sekaligus menjadikan sel kulit lebih 'remaja'. So that, tanda-tanda penuaan dapat dikurangkan.



Lagi... Nak cantikkan kulit? Makan ni...

Sayur bayam jugak merupakan sayuran yang bagus untuk kesihatan kulit wajah kita sebab bayam mengandungi vitamin A, beta karotena, zat besid dan antioksidan. Ia boleh membantu menghaluskan kulit wajah kita, sekaligus mengatasi masalah jerawat pada kulit. Patutlah Popeye suka makan bayam. *ehh macam takde kena mengena je. Hihi...

Selain itu, jus lemon jugak bagus untuk merawat kulit. Buah ini dikatakan sangat berkhasiat sebab dengan meminum jusnya dua kali sehari boleh membantu mengecilkan pori-pori wajah kita, sekaligus menjadikan kulit wajah lebih remaja gitu.

Buah avokado ni memang cikla tak pernah makan *Buah kiwi pernahlah, sedap… Buah ni dikatakan mempunyai 'lemak sihat' yang baik untuk melembapkan kulit terutama yang berkulit kering. Korang boleh makan terus, mentah camtu je atau kalau 'tak tertelan' buatlah jus. Badam juga mampu memberikan kelembapan pada kulit wajah, dengan kulit lebih cerah dan shining gitu.

Tak susah kan? Just dengan sumber alami kita dah dapat kulit wajah yang sihat, cantik, mulus dan nampak awet muda. Apa yang penting, macam cikla cakap tadi semuanya kena konsisten dan dilakukan secara rutin. Barulah 'hasilnya' nanti awesome.

Sumber Ruangan Sihat & Cantik.

Post a Comment

8 Comments

  1. SA x leh makan la avocado ni...rasa macam makan sabun..ehhh...tp pernah minum jus alpukat...sedap...yg tu xde rasa sabun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin boleh sesuaikan dgn tambah bhn lain dlm jus. Potong skit rasa avocado tu...

      Delete
  2. Avocado tu memang sedap...bayan sllu makan kalau blik kg je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikla belum pernah rasa. Aritu pergi econsave nmpk buah ni. Belek punya belek tak beli pun.. Hihi

      Delete
  3. Sayur-sayur tu yang lemah ni.... tak masuk tekak... kecuali yang tak da rasa pahit je boleh masuk... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni kena belajar makan sayur. Khasiat byk..

      Delete
  4. buah avokado mahal sangattt cikla sebijikk.. apa pun kena makan yang sihat untuk kulit..

    ReplyDelete